web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kenapa Mesti Ada Babak Sihir Dalam Drama Melayu?

Persoalannya, adakah sihir boleh dianggap sebagai ‘pelaris’ drama tempatan?

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jul 2022 2:00PM

Gambar dari Detik.com

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sudah berada di era teknologi, elemen mistik masih juga menjadi tumpuan serta perhatian masyarakat Malaysia. Tidak sedikit isu mengenai ilmu hitam ini  dipaparkan menerusi drama-drama berbahasa Melayu di kaca televisyen. 

Tidak kiralah ia sebuah naskhah seram atau romantis, namun terselit juga sihir yang menjadi punca perbalahan dua hati. Jin dan Syaitan dipersalahkan jika terputusnya sesuatu hubungan. 

Tahun lalu sahaja ada drama khas menceritakan tentang sihir dan jenis-jenisnya sepanjang 20 episod tayangan. Persoalannya, adakah sihir boleh dianggap sebagai ‘pelaris’ drama tempatan?

Antara babak dalam Cinta Hilang Kata. - Gambar ihsan Astro
Antara babak dalam Cinta Hilang Kata. - Gambar ihsan Astro

Ketika ditemubual Getaran, pengarah Kyoll Hamzah tidak berselindung mengakui bahawa walaupun kedengaran seperti picisan, namun sihir adalah benda yang masih lagi terjadi khususnya dalam kalangan masyarakat Melayu. 

“Inilah realiti masyarakat pada hari ini. Walaupun sudah tahun 2022, namun sihir masih lagi terjadi. Cuma terpulang kepada kita untuk mempercayainya atau tidak. Juga terpulang kepada kita untuk melakukannya atau tidak. 

“Ini perkara yang sangat dekat dengan masyarakat Melayu,” dedahnya. 

Menerusi drama terbaharu pengarah itu bertajuk Cinta Hilang Kata, Kyoll menceritakan bagaimana sihir boleh merosakkan perhubungan antara dua orang yang bercinta.

Namun untuk menyampaikan naskhah sebegini, seseorang pengarah perlu faham batas visual agar ia tidak dilihat  seolah mengajar penonton melakukan apa-apa amalan khurafat.

“Sebagai pengarah, saya memvisualkan perkara ini secara umum dan tidak keterlaluan. Dalam kata lain, penyampaian sihir dalam drama ini tidak terlalu teliti sehingga masyarakat menganggap kita cuba mengajar nilai buruk atau amalan khurafat.

“Saya berharap, masyarakat akan dapat menonton drama ini terlebih dahulu sebelum mengecam apa-apa,”tambahnya.

Dalam drama yang diterajui Shah Jaszle dan Sophia AlBarakbah ini, menceritakan bagaimana seorang wanita bernama Nurul menyukai seorang lelaki bernama Rain Akhtar. Namun hubungan mereka tergantung selepas Nurul dipaksa menikahi seorang lelaki bernama Amirul. 

Gambar ihsan Astro
Gambar ihsan Astro

Nurul dibenci oleh ibu mentuanya Jah Gayah. Kerana dengki dan amarah, Nurul menderita akibat perbuatan sihir namun mujurlah dia mempunyai sahabat terdekat untuk selalu menjaganya.

Drama adaptasi daripada novel karya Lily Haslina Nasir ini bakal menemui penonton bermula 18 Julai ini di saluran Astro Prima 105. - Getaran, 14 Julai 2022.

Berita Berkaitan

1

Refleksi 1 tahun yang lalu

8 Cara Semarakkan Cinta 

2

Refleksi 2 tahun yang lalu

Melayari Perkahwinan: Cukupkah Hanya Berbekal Cinta?  

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Cinta Tidak Berbalas, Seorang Lelaki Disyaki Bunuh Wanita Warga Emas

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Filem Zim Zim Ala Kazim - Mawi Terkejut Ustaz Kazim Elias Boleh Berlakon Dengan Baik  

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 6 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN