Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Senator Zurainah Dilantik Pengerusi FINAS, Mohamad Salim Pengerusi Interim MCMC

Perlantikan dua tokoh ternama ini diharapkan dapat membawa nafas baharu kepada perkembangan industri masing-masing.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2022 6:53PM

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa (kiri) menyerahkan surat lantikan sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) kepada Senator Datuk Seri Zurainah Musa - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Senator Datuk Seri Zurainah Musa dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bagi tempoh dua tahun, berkuat kuasa hari ini sehingga 9 Jun 2024, umum Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.

Annuar berkata pelantikan Zurainah yang menggantikan Zakaria Abdul Hamid yang telah tamat perkhidmatan pada 22 Mei lepas, selaras dengan Seksyen 4(1) Akta 244, Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 (Pindaan 2013), bagi maksud melaksanakan fungsi-fungsi seperti mana yang diperuntukkan di bawah Akta tersebut.

“Saya yakin pelantikan Senator Zurainah yang mempunyai pengalaman luas dalam pelbagai bidang boleh membawa nafas dan iltizam baharu, bagi membantu perkembangan industri perfileman dan kreatif di negara ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Selain Ahli Dewan Negara Zurainah juga merupakan ahli Majlis Tindakan Ekonomi Negara, Ahli Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga (LPPKN), Pengarah Eksekutif Berjaya Corporation Berhad dan mengetuai Jabatan Hubungan Strategik Berjaya Corporation, serta menjadi pengarah kepada sejumlah anak syarikat Berjaya Assets Berhad.

Beliau juga merupakan pengarah di dalam Kumpulan UZMA dan turut aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Ahli Lembaga Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) dan Penasihat Persatuan Ibu Tunggal, Warga Emas dan OKU (PRIMAS).

Annuar percaya pihak berkepentingan dalam industri perfileman dan kreatif juga, akan terus memberikan sokongan kepada pelbagai inisiatif dan usaha yang bakal diketengahkan oleh kerajaan melalui FINAS, yang bermatlamatkan untuk memberi manfaat serta kesejahteraan kepada Keluarga Malaysia di peringkat tempatan serta antarabangsa.

Sementara itu, Annuar juga mengumumkan Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din dilantik sebagai Pengerusi Interim Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), bagi menggantikan Datuk Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek yang mengakhiri perkhidmatannya, semalam.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa (kiri) menyerahkan surat lantikan sebagai Pengerusi Interim Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) kepada Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din - Gambar Bernama
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa (kiri) menyerahkan surat lantikan sebagai Pengerusi Interim Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) kepada Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din - Gambar Bernama

Annuar berkata pelantikan yang berkuat kuasa hari ini sehingga lantikan pengerusi baharu itu, adalah selaras dengan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998 (Bahagian II, Seksyen 14 - Perjalanan sementara fungsi Pengerusi), di mana salah seorang Ahli Suruhanjaya boleh dilantik menjalankan tugas sebagai pengerusi apabila berlaku kekosongan jawatan tersebut. 

Beliau turut yakin pelantikan Mohamad Salim akan membawa kesegaran dan suntikan baharu bagi membantu perkembangan industri telekomunikasi di negara ini.

“Mohamad Salim merupakan Naib Pengerusi Eksekutif Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) dan sekarang turut berkhidmat sebagai Anggota Suruhanjaya kepada SKMM. Beliau sebelum ini pernah memegang jawatan Pengarah Urusan Kumpulan MRCB,” katanya.

Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan Gapurna Sdn Bhd itu juga pernah menjawat pelbagai jawatan penting dalam pelbagai industri, termasuk sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Giant Malaysia dan Pengerusi Bukan Eksekutif British American Tobacco (Malaysia) Berhad. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

MCMC Rakam Keterangan Chegubard, Salim Iskandar, Papagomo Esok

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Fahmi Arah MCMC Ambil Tindakan Terhadap Pengguna TikTok Sebar Video Berbaur Fitnah

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Logo Kasut Mirip Allah: MCMC Beri Amaran Jangan Sebar Kandungan Sentuh 3R

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Tilawah Al-Quran: MCMC Panggil 4 Pemilik Akaun Facebook

Sorotan

1

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

2

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

3

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

4

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

5

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

6

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

7

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

Disyorkan untuk anda

Selebriti 21 jam yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Budaya 1 hari yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

Pesta yang berlangsung mulai esok hingga 28 April ini di Pusat Konvensyen Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya adalah hasil kerjasama Tonton dan Animax + GEM

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Muzik 4 jam yang lalu

ONEUS Pun Terikut Trend Lagu Alamak Raya

Video kumpulan k-pop ini membuatkan peminat teruja dan ingin lihat mereka menari tarian yang sama ketika konsert nanti

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

oleh Rahayu MN