Berita Terkini

20 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


'Tiga Janda Melawan Dunia' - Idea Mantap, Lawak Hebat! 

Pujian harus diberikan kepada Khatijah Tan, Normah Damanhuri dan Raja Azura kerana mampu membawakan watak tiga janda ini dengan begitu mantap sekali. 

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 May 2022 5:16PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Usah lihat pada tajuk dan barisan pelakon utamanya yang rata-ratanya sudah mencecah usia 50-an kerana setelah menonton filem pertama arahan Hyrul Anuar ini, tanggapan dan persepsi anda terhadap 'Tiga Janda Melawan Dunia' ini pasti akan bertukar. 

'Tiga Janda Melawan Dunia' terbitan Komodo Pictures dan Director Think Thank yang ditunjangi pelakon senior Normah Damanhuri, Khatijah Tan dan Raja Azura ini bukanlah sebuah filem yang lemau. 

Sebaliknya, ia sarat dengan elemen komedi mencuit hati yang mampu membuatkan kita terbahak-bahak ketawa tanpa henti bersama naratif (penceritaan) yang menarik serta gabungan unik nilai sinematik filem dan komersial (iklan TV). 

Ya, filem pertama arahan Hyrul Anuar ini sama sekali tidak dijangka punya kelainan dan kekuatannya sendiri. Walaupun gaya pengarahan komedinya berteraskan komedi Allahyarham Mamat Khalid dan Stephen Chow, namun ia masih berpaksikan sentuhan dan acuan pengarahannya yang tersendiri. 

Dengan menyelitkan elemen pengarahan komersial TV, pengarahan Hyrul dalam filem ini nampak begitu segar dan kreatif dalam babak-babak tertentu. Walaupun 'Tiga Janda Melawan Dunia' ini sebuah filem komedi aksi, namun Hyrul berjaya menyuntik elemen sedih dan nostalgia di dalam filem ini menerusi pengunaan flashback tentang kehidupan silam ketiga-tiga janda ini. 

Keberaniannya untuk mengetengahkan pelakon-pelakon senior sebagai watak utama filem ini juga wajar dipuji!

Berikan dia masa, pengarah muda kelahiran Perak yang memulakan kerjaya sebagai pengarah iklan TV ini pasti akan mampu melakar nama sebagai pengarah filem yang disegani suatu hari nanti andai dia terus berkarya dengan baik. 

Tiga Janda Melawan Dunia berkisar tentang Midah (Khatijah Tan), Rohayu (Norman Damanhuri) dan Ani (Raja Azura) iaitu tiga janda yang tinggal di sebuah kampung dan merupakan peminat tegar penyanyi Aiman Zalini (Norman Hakim).

Midah bekerja sebagai mandor di estet kelapa sawit, Ayu membuka kedai runcit dan Ani pula berniaga warung makanan dan menetap bersama ibu dan bapa mertuanya. 

Midah diceraikan selepas berkahwin kerana dituduh sudah tidak dara. Sejak itu, Midah membenci lelaki. Ayu pula menjanda sebanyak empat kali dan kesemua suaminya meninggal dunia selepas berkahwin, manakala Ani pula kematian suami  selepas bertugas di medan perang. 

Ketiga-tiga janda ini berusaha mengumpul duit untuk membeli tiket konsert Aiman yang bernilai RM15,000. Akhirnya mereka membuka perniagaan vape dan menghasilkan perisa vape baharu dan unik dengan bantuan seorang pembantu makmal. 

Vape perisa baharu yang mereka hasilkan itu terlalu hebat rasanya sehingga penagih dadah sudah hilang ketagihan untuk menghisap dadah dan hal ini menimbulkan rasa tidak puas hati gangster dadah kerana bekalan dadah mereka tidak laku. Ketiga-tiga janda ini mula diburu gangster dadah ini.  

Pujian harus diberikan kepada Khatijah Tan, Normah Damanhuri dan Raja Azura kerana mampu membawakan watak tiga janda ini dengan begitu mantap sekali. Malah, adakalanya watak-watak mereka mengingatkan kita kepada kisah Tiga Dara Pingitan yang dicetuskan kartunis Cabai dalam majalah Gila-Gila. 

Ketiga-tiga pelakon senior yang hebat ini benar-benar ‘memberi’ dalam lakonan mereka. Bukan hanya setakat berlakon semata-mata, tetapi mereka juga turut menari dan menyanyi. Memang hebat mereka ini! 

Gelagat mereka yang adakalanya menggedik itu juga sangat lucu sekali terutama sekali Normah Damanhuri kerana dialah janda yang paling berhias di dalam naratif filem ini dan seringkali terpaut dengan jejaka yang tampan. Mendengar Normah menggunakan panggilan ‘baby’ kepada lelaki yang tampan, membuatkan kita rasa tersengih bercampur geli gelaman.

Ketiga-tiga janda ini mempunyai musuh yang sentiasa mencemburui mereka iaitu Datin Martipah lakonan Rosnah Mat Aris. Seperti mana, Mak Cik Wok dalam Tiga Dara Pingitan, Datin Martipah juga sentiasa tidak puas hati melihat kebahagiaan mereka. 

Ada sahaja yang cuba Datin Martipah lakukan untuk mensabotaj mereka. Memang Rosnah Mat Aris adalah pilihan yang tepat untuk membawakan watak ini. Dialog perkataan ‘muntah’ yang dilafazkannya tatkala melihat Normah menggedik memang sangat epik! 

Norman Hakim, walaupun sudah berusia kelihatan cukup hot di dalam filem ini. Lebih-lebih lagi apabila dia membuka bajunya di dalam filem ini dan memperlihatkan tubuh dan otot-otot badannya yang cukup tegap dan sasa. 

Filem yang dihasilkan dengan kerjasama Multimedia Entertainment, Golden Screen Cinemas, Astro dan Six Fun ini juga dibantu pelakon lain seperti  Ellyza Azizi dan Abbas Mahmood yang masih baharu di dalam industri tetapi punya masa depan yang cerah untuk menjadi pelakon yang baik suatu hari nanti. 

Biarpun 'Tiga Janda Melawan Dunia' ini sarat dengan elemen komedi, namun ia tetap mempunyai mesej yang kuat tentang nilai kekeluargaan dan persahabatan. Kita juga tidak seharusnya percaya denga apa yang kita lihat indah-indah saja di luaran. - Getaran, 20 Mei 2022

Gambar: GSC 

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Industri Hiburan Penghubung Antara Malaysia Dan China – Shila Amzah

Selebriti 1 hari yang lalu

Siti Saleha Berjaya Takluki Puncak Gunung Kinabalu

Pelakon jelita berkenaan berkongsi kejayaannya itu di akaun media sosial miliknya

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 19 jam yang lalu

Adira Sah Bercerai

Lafaz talak satu dibuat Datuk Seri Adnan Abu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat pagi tadi.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Filem & TV 1 hari yang lalu

Selepas Papar Sisi Gelap PDRM, Netizen Mahu Syafiq Buat Filem SPRM, JPJ 

oleh Helmi Anuar