Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


'Nusyuz Berkiblat Cinta' Papar Penderaan Domestik Ke Atas Suami

Drama siri mini yang dibintangi Emma Maembong dan Fikry Ibrahim ini bukanlah memaparkan tentang penderaan dari sudut fizikal sahaja tetapi juga mental dan emosi.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Apr 2022 4:17PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kisah penderaan rumah tangga atau keganasan domestik tidak hanya berlaku ke atas golongan isteri semata-mata tetapi ia juga turut dialami dalam kalangan suami. 

Namun, bagaimana andai  kedua-duanya disatukan dan dipaparkan dalam sebuah drama yang sama? 

Inilah yang menjadi tarikan dan tunjang utama kepada penceritaan drama mini tujuh episod, ‘Nusyuz Berkiblat Cinta’ arahan Hadith Omar yang sudah pun mula bersiaran di Astro Ria sejak 3 April lalu. 

Menariknya, drama siri mini terbitan Arisz Ab ini memaparkan naratif two sides to every story mengenai penderaan domestik yang acapkali berlaku dalam kalangan masyarakat kita.

Pengarah Hadith Omar berkata, mengarah ‘Nusyuz Berkiblat Cinta’ adalah satu tugas dan tanggungjawab yang besar dan berat buat dirinya dan seluruh produksi drama ini. 

“Apa yang cuba kami paparkan bukanlah tentang penderaan hubungan yang berkaitan dengan fizikal sahaja tetapi ia juga melibatkan penderaan mental dan emosi. 

“Atas sebab itu, penelitian skrip amat dititikberatkan dengan kajian mendalam dilakukan terhadap isu-isu yang berkaitan dengan keganasan rumah tangga. 

“Bahkan, pihak kami juga turut menggunakan khidmat peguam Fahmi Ramli sebagai penasihat fakta perundangan syariah dan sivil untuk mendapatkan perincian lebih tepat tentang hal-hal yang berkaitan dengan keganasan rumah tangga serta hukum-hukum jika tersabit dengan kesalahan yang berkaitan,” katanya. 

Jelas Harith lagi, drama ini juga turut mencabar kreativitinya untuk memberikan paparan visual yang bersesuaian untuk tayangan bulan ramadan. 

“Drama ini memiliki babak yang berkaitan dengan penderaan seksual dan emosi. Oleh itu, kita cuba pastikan ia tidak begitu keterlaluan dan tidak terlalu banyak memaparkan babak yang bersentuhan. 

“Kita juga banyak mengambil shot lebihan yang selamat supaya mana-mana babak yang agak keterlaluan itu dapat kita selitkan dengan elemen lain, misalnya bermain dengan ekspresi muka.

“Memang mencabar tetapi pada masa yang kita perlu menggunakan kreativiti untuk memaparkan visual babak penderaan itu tanpa melakukannya secara berlebih-lebihan,” katanya. 

Memandangkan ini bukanlah suatu subjek kebiasaan yang boleh diambil secara lewa, Harith mengakui dia sendiri terpaksa melakukan banyak kajian dan membaca bahan rujukan mengenai alam perkahwinan sebagai persediaan dan persiapan untuk mengarahkan ‘Nusyuk Berkiblatkan Cinta’. 

“Rujukan yang saya lakukan lebih tertumpu kepada karakteristik watak. Rujukan saya pelbagai kerana apa yang penting di sini adalah bagaimana memaparkan emosi melalui visual? 

“Untuk itu saya banyak menonton cerita Indonesia kerana ekspresi dan cara mereka memperbesar-besarkan drama itu agak dekat di hati penonton kita. 

“Untuk rupa dan rasa drama ini, rujukan saya adalah cerita dari Korea dan Indonesia. Apapun, kita cuba menyuntik elemen sinematik di dalam drama ini sebab ia ditayangkan di slot khas. Kita tidak mahu drama ini nampak macam drama biasa.

“Apa yang penting, drama ini diharap dapat memberikan pengajaran yang positif kepada penonton yang mengalami atau kenal sesiapa yang berada dalam situasi yang abusive supaya mereka tahu bagaimana untuk bertindak dan mengambil langkah yang sepatutnya apabila berdepan dengan situasi sebegini,” katanya. 

Pengurus Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh pula berkata, drama ‘Nusyuz Berkiblat Cinta’ ini adalah percubaan pertama mereka mengetengahkan drama siri mini ini menerusi slot Signature Astro Ria. 

“Sebelum ini, kita hanya menyajikan program berbentuk hiburan realiti  sahaja di dalam slot ini. Tetapi, tahun ini kita cuba buat kelainan dan meletakannya sebagai salah satu daripada kandungan ramadan Astro. 

“’Drama ini juga mengetengahkan suatu kelainan dan pujian harus diberikan kepada pihak penerbit dan pengarah kerana berani untuk mengetengahkan cerita yang jarang dibincangkan atau diketengahkan. 

“Pasti ramai penonton yang geram dengan Emma Maembong dan Nadhir Nasar dalam drama ini nanti. 

“Kami harap drama siri mini ini akan mampu memuaskan hati penonton yang gemar dicabar dengan penceritaan yang berani serta mendapat manfaat daripada apa yang dipaparkan,” katanya. 

‘Nusyuz Berkiblat Cinta’ dibintangi Emma Maembong sebagai Hawa, Fikry Ibrahim (Adam), Nadhir Nasar (Erfhan) dan Shaza Bae sebagai (Safiana) serta dibantu barisan pelakon lain seperti Dayana Roza, Yaya Maembong, Ako Mustapha dan Datuk Jalaluddin Hassan.

Drama ini mengisahkan dua pasangan suami isteri, Adam dan Hawa, serta Erfhan dan Safiana. Apabila Hawa mendapat tahu yang Safiana menjadi mangsa keganasan rumah tangga, dia membuat keputusan untuk mengawal rumah tangganya sendiri dan bertegas untuk tidak tunduk sedikitpun pada suaminya. 

Hawa menetapkan syarat dalam perkahwinannya bersama Adam dan Adam hingga Adam sanggup mengetepikan keluarga dan kawan-kawannya demi Hawa. Tanpa disedari, Adam dikawal sepenuhnya oleh Hawa.

Malang sekali, keadaan tidak berubah untuk Safiana apabila dia seringkali didera dari segi emosi, fizikal dan seksual oleh Erfhan. Patutkah Adam dan Safiana terus kekal dalam perkahwinan masing-masing? Adakah Hawa dan Erfhan akan berubah menjadi pasangan yang lebih baik?

Drama ‘Nusyuz Berkiblat Cinta’ sudah mula ditayangkan di saluran Astro Ria sejak 3 April hingga sehingga 15 April serta boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel. - Getaran, 5 April 2022

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Selebriti 12 jam yang lalu

Intan Ladyana Selamat Lahirkan Anak Kedua

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Budaya 1 hari yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

Pesta yang berlangsung mulai esok hingga 28 April ini di Pusat Konvensyen Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya adalah hasil kerjasama Tonton dan Animax + GEM

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

Pelakon itu memaklumkan tanah milik ibunya di Semenyih dibeli puluhan tahun lalu, namun sudah didiami ‘tuan tanah’ lain

oleh Rahayu MN

Selebriti 20 jam yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

oleh Wartawan Hiburan Getaran