web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Misteri Hutan Tok Kepak' Sentuhan Tiga Pengarah Baharu 

Ketiga-tiga pengarah itu iaitu Khairul Azizi, Rayyan Danish dan Asrul Nizam akan mendapat pengawasan pengarah filem berpengalaman, Datuk Zulkeflie M. Osman sebagai mentor sewaktu mengarah filem ini nanti. 

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Dec 2021 7:19PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bagi memberi peluang kepada pengarah baharu untuk berkarya serta mengasah bakat dan kreativiti mereka dalam bidang pengarahan filem, Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) bersama produksi K. Titanium Pictures bakal menjalinkan kerjasama menerbitkan filem berjudul Misteri Hutan Tok Kepak

Filem berkonsep moden purba ini menampilkan tiga pengarah bertaraf amatur iaitu Khairul Azizi, Rayyan Danish dan Asrul Nizam di bawah pengawasan Timbalan Presiden FDAM, Datuk Zulkeflie M. Osman yang akan bertindak sebagai mentor. 

Aziz M. Osman (tengah) bertindak sebagai mentor.
Aziz M. Osman (tengah) bertindak sebagai mentor.

Ketua Sekretariat FDAM, Zaini Hassan merangkap pengarah projek filem ini berkata, Misteri Hutan Tok Kepak adalah satu cita-cita besar FDAM yang tercetus apabila mula membuka pintu keahlian kepada golongan yang tiada pengalaman atau pengetahuan yang mendalam tentang dunia pengarahan serta perfileman.

 "Selaku pengarah projek, saya telah mencabar ahli amatur menghasilkan telefilem dengan modal kosong.  Tanpa disangka cabaran ini disambut baik sekumpulan ahli amatur. 

“Bahkan, bukan sekadar telefilem atau supertele semata-mata yang cuba dihasilkan tetapi mereka turut memutuskan untuk bikin filem. 

“Salah seorang daripadanya mengeluarkan modal sebanyak RM50,000. Semua kru termasuk pengarah tidak dibayar gaji. Peralatan dipinjamkan salah seorang ahli manakala perbelanjaan lain mereka cuba usahakan sediri dengan mencari penaja," katanya. 

Pada sidang media Misteri Hutan Tok Kepak yang diadakan di Pawagam Mini P Ramle, Finas baru-baru ini, satu memorandum persefahaman (MoU) ditandatangani antara FDAM dengan K. Titanium Pictures. 

Pada majlis tersebut, FDAM diwakili Presiden, Dr Ahmad Ibrahim manakala Datuk Seri Purushothmalingam dari K. Titanium Pictures. 

Majlis pelancaran filem ini turut disempurnakan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Zakaria Abdul Hamid di Pawagam Mini P Ramlee, FINAS, Hulu Kelang, Selangor, semalam. 

Barisan pelakon, pengarah dan tulang belakang filem 'Misteri Hutan Tok Kepak' bergambar di majlis sidang akhbar yang berlangsung baru-baru ini.
Barisan pelakon, pengarah dan tulang belakang filem 'Misteri Hutan Tok Kepak' bergambar di majlis sidang akhbar yang berlangsung baru-baru ini.

Zakaria berkata, hubungan akrab FINAS dan FDAM sejak beliau mula dilantik sebagai Pengerusi FINAS pada 2020 di mana Dr Ahmad Ibrahim bersama FDAM merupakan persatuan yang mula membimbingnya dalam industri ini.

"Syabas dan tahniah FDAM kerana berjaya melaksanakan projek perintis ini. Semasa pertemuan pertama kita, ini merupakan cabaran saya lontarkan pada FDAM untuk melahirkan lebih ramai pelapis bagi mewarnai industri perfileman negara. 

“Bercakap soal industri kreatif dan perfileman, tumpuan semua pihak adalah membangunkan bakat pelapis muda.  

"Kemajuan industri filem banyak bergantung pada idea dan teknologi baharu yang sudah pasti kebanyakannya dijana tenaga muda. 

"Dalam mana-mana agensi atau organisasi, isu pelapis memang tidak boleh dipandang mudah. Begitu juga kepimpinan politik negara, anak muda tidak boleh dipinggirkan kerana mereka akan menjadi tonggak seperti dalam FDAM dan industri perfileman," katanya. 

 Menurut Zakaria lagi,  golongan pengarah amatur perlu dilatih sebaik mungkin agar yang baharu lebih baik daripada lama. 

"Jika yang baharu sama seperti yang lama,  jadi tidak berlaku transformasi atau perubahan dalam industri kita. Sangat perlu kita merancang masa depan.

 "FINAS sudah merancang pada 2030 nanti kita mempunyai hala tuju lebih jelas untuk sampai ke Oscar.

"Usaha ini tidak boleh dijalankan FINAS dan dana kerajaan semata-mata tanpa usaha dilakukan persatuan bagi meningkatkan daya kerja dan kreatif anak-anak muda untuk mencapai matlamat ke Oscar," katanya. 

Pada majlis tersebut, Zakaria juga menyatakan hasrat FINAS akan membantu pembikinan filem ini dari aspek Dana Kandungan Digital atau dana pemasaran selepas karya garapan mereka siap. 

Filem Misteri Hutan Tok Kepak ini menampilkan gandingan pelakon senior dan baharu antaranya Datuk Jefri Omar, Aman Shah, Ebby Saiful, Razali Hussein, Megat Terawis dan Tizie Nik.

Penggambaran filem ini ini dijangka bermula pada 12 Januari 2022 di lokasi sekitar Kedah selama 20 hari. - Getaran, 21 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Getaran Tanyakan Episod 3

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Perjuangan Sinematik Marc Abas

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 22 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN