web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


FDAM Bantu Penggiat Seni Yang Jadi Mangsa Banjir 

Prihatin dengan nasib penggiat seni yang terkesan dengan bencana banjir, Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) tampil menghulurkan bantuan.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Dec 2021 9:13PM

Penggiat seni yang tekesan dengan banjir tumpang berteduh di FINAS.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Terkesan dengan nasib yang menimpa segelintir penggiat seni perfileman yang menjadi mangsa banjir, Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) telah mengambil inisiatif untuk membantu memberikan sumbangan barangan keperluan asas seperti makanan dan minuman. 

Presiden FDAM, Dr. Ahmad Ibrahim atau Mat London berkata, sejak semalam lagi, pihaknya mula menghebahkan hasrat itu kepada ahli di aplikasi WhatsApp.

Presiden FDAM, Dr Ahmad Ibrahim (tengah) bersama Ketua Sekretariat, Zaini Hassan (kanan) berjumpa Timbalan Ketua Pengarah Produksi & Teknikal FINAS, Syirfan Indra Mitra Surya Hussin di FINAS, Hulu Kelang, Selangor, hari ini.
Presiden FDAM, Dr Ahmad Ibrahim (tengah) bersama Ketua Sekretariat, Zaini Hassan (kanan) berjumpa Timbalan Ketua Pengarah Produksi & Teknikal FINAS, Syirfan Indra Mitra Surya Hussin di FINAS, Hulu Kelang, Selangor, hari ini.

“Kami minta mereka yang terjejas dan memerlukan bantuan supaya menghubungi  Biro Kesejahteraan Sosial yang diuruskan Ketua Biro, Ahmad Hashim (Mad John).

“Sejak malam tadi, kami turun padang menghantar bantuan makanan dan akan terus bertindak jika ada respons daripada ahli atau penggiat seni lain memerlukan bantuan ,” katanya.

Antara barangan keperluan yang diagihkan kepada mangsa banjir.
Antara barangan keperluan yang diagihkan kepada mangsa banjir.

Menurut Mat London lagi, FDAM juga singgah di FINAS Hulu Kelang hari ini untuk melihat situasi penggiat seni yang tumpang berteduh buat sementara waktu di sana. 

“FDAM sedia membantu FINAS dalam gerakan bantuan mangsa banjir. Difahamkan FINAS sekarang turut melakukan derma kilat beserta usaha-usaha lain. 

“Kami berharap ramai sudi membantu menghulurkan sumbangan buat mereka yang memerlukan,” katanya.

Ahli FDAM dan penggiat seni yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Mad John di talian 01121663119. 

Bagi derma kilat Tabung Mangsa Banjir FINAS boleh menghulurkan sumbangan di  nombor akaun 12113010062606 (BANK ISLAM MALAYSIA). - Getaran, 20 Disember 2021

Gambar: FDAM

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 22 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN