web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lee Dong Wook, Wi Ha Jun Berperang Melawan Kepenatan Dalam 'Bad And Crazy'

Dua bintang utama siri dinanti ramai ini mendedahkan banyak melakukan sendiri babak aksi yang mencabar kekuatan fizikal mereka.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Dec 2021 2:19PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menjayakan drama bersiri kepolisan bukanlah semudah yang disangka, lebih-lebih lagi apabila apabila pelakon terpaksa membawakan watak yang jauh beza daripada sisi sebenar  kehidupan peribadi mereka. 

Hal ini diakui dua aktor kesayangan ramai, Lee Dong Wook dan Wi Ha Jun, bintang utama drama 12 episod 'Bad and Crazy' yang sudah mula ditayangkan di platform Iqiyi sejak 17 Disember lalu. 

Menerusi siri aksi Korea Selatan ini, Dong Wook memegang watak sebagai Ryu Su Yeol, inspektor polis yang bercita-cita tinggi manakala K pula gila-gila tetapi berani menegakkan kebenaran dalam dunia penuh korupsi dengan apa jua cara sekalipun.

Biarpun menjayakan babak aksi cemas yang menguji kekuatan fizikal seperti kejar-mengejar motosikal sehinggalah operasi membanteras jenayah, Dong Wook Lee mengakui tidak menjalani sebarang latihan khas sebagai persiapan untuk penggambaran drama bersiri tersebut. 

"Semua babak aksi dan pertarungan di set penggambaran telah diarahkan dengan baik dan selamat malah Wi Ha Jun bagi saya bintang aksi Korea yang terbaik kerana dia sangat memahami selok-belok penggambaran aksi dengan mendalam.

“Apa yang boleh saya katakan menjayakan drama bersiri ini ibarat perang melawan kepenatan dan setiap bakak memberikan makna mendalam kepada saya," katanya yang popular dengan drama 'Guardian: The Lonely and Great God' ini. 

Bersetuju dengan kenyataan Dong Wook itu, Wi Ha Jun berkata dia mahu mencabar diri melakukan sendiri pelbagai babak aksi dalam drama ini. 

“Cabaran paling sukar dalam penggambaran kali ini bagi saya adalah terpaksa berpanas di set penggambaran.  

“Berlawan dengan memakai topi keledar memang sangat panas! Babak yang meninggalkan kesan bagi saya adalah memecut motorsikal. Ia babak yang sukar dilupakan,” kata pelakon drama fenomena 'Squid Game' ini.

Bermula sebagai musuh sehinggalah menjadi rakan menegakkan keadilan, hubungan ‘bromance’ di antara Lee Dong Wook dan Wi Ha Jun dizahirkan dengan cukup baik menerusi karakter masing-masing. 

Jelas Ha Jun, memang pada mulanya watak mereka saling bermusuhan serta tidak mempunyai persefahaman yang baik. 

“Bagaimanapun, setelah mula bekerjasama, mereka mula memahami antara satu sama lain serta serasi.

“Di luar penggambaran saya sangat selesa dan serasi bekerja dengan Dong Wook malah kami tidak memerlukan sebarang koordinasi tambahan,” katanya. 

Dari kiri, Dong Wook, Hak Yeon, Ji Eun dan Ha Jun.
Dari kiri, Dong Wook, Hak Yeon, Ji Eun dan Ha Jun.

Drama bersiri 'Bad and Crazy' arahan Yoo Sun Dong yang pernah menghasilkan 'The Uncanny Counter' ini turut dijayakan Han Ji Eun dan Cha Hak Yeon. 

Ji Eun memainkan peranan sebagai Lee Hui Gyeom, polis narkotik yang panas baran manakala Hak Yeon pula O Gyeong Tae, pegawai polis muda yang berdedikasi dan sering menceriakan pasukannya.

Siri ini merupakan lakonan pertama Hak Yeon setelah menamatkan latihan ketenteraan dan dia menyifatkan wataknya sebagai individu yang tulus dan nekad dalam menyelesaikan kes jenayah. - Getaran, 21 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Siti Saleha Calon ‘Outstanding Asian Star’ Di Seoul International Drama Awards 2024

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia Bergaya Melangkah Ke Suku Akhir

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Kedah Mahu Bina LRT Di Langkawi

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

7 Program Korea Selatan Mendebarkan Di Disney+ Hotstar 

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 22 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN