web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


“Kami Keluar Bermaruah” - Nico G Mangsa Penyingkiran Pertama GV8

Kumpulan Nico G menjadi mangsa pertama penyingkiran program Gegar Vaganza musim kelapan selepas tiga minggu bersaing.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Dec 2021 12:39PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Konsert Gegar Vaganza 8 minggu ketiga yang telah berlangsung semalam menyaksikan kumpulan Nico G menjadi mangsa pertama penyingkiran selepas mendapat markah tercorot sebanyak 50.10 peratus.

Pada malam konsert yang bertemakan ‘Segalanya Ku Terima’ itu, Nico G yang dianggotai oleh Nico, Affa dan Dino dan telah membawakan lagu 'Manis' dari Datuk Zainal Abidin.

Turut berada di kedudukan dua terbawah ialah Datuk Fazley dengan jumlah markah sebanyak 54 peratus. 

Nico G sewaktu ditemui ketika sidang media selepas penyingkiran mereka berkata mereka berbangga kerana telah menjadi wakil kepada kumpulan hip hop 90-an di pentas Gegar Vaganza.

“Selama dua bulan bersama produksi Gegar Vaganza, banyak perkara baru yang kami belajar yang sebelum ini kami tidak pernah tahu. Terima kasih kepada semua yang terlibat dan menyokong kami.

“Apa yang kami boleh katakan kami telah buat yang terbaik untuk konsert malam ini biarpun kami tahu kami ada kekurangan,” kata Affa.

Ditanya adakah mereka sudah menjangkakan akan tersingkir pada minggu ketiga, kata Affa mereka sama sekali tidak menjangkakan perkara itu.

“Kami tidak jangka pun akan terkeluar. Kerana rezeki itu datang daripada Allah SWT. Tapi Alhamdulillah kami berpuas hati kalau sudah tertulis rezeki kami setakat ini sahaja. Kami keluar bermaruah kerana seperti yang semua tahu, kami adalah kumpulan hip hop tetapi cuba untuk membuat persembahan seperti penyanyi solo yang lain,” ujarnya.

Biarpun tersingkir pada minggu ketiga, namun Nico G akan terus berkarya sehingga akhir hayat mereka. Mereka juga akan muncul dengan album terbaharu yang sudah dua tahun tergendala kerana situasi pandemik COVID-19.

Pada malam konsert ketiga itu, Nikki Palikat yang menyampaikan lagu ‘Semalam’ dari Aina Abdul telah muncul sebagai peserta yang mendapat markah tertinggi dengan jumlah markah sebanyak 84.80. Diikuti dengan Aliff Aziz (83.90), Adibah Noor (81.30), Suki Low (78.60), Sa Ya (73.70), Aweera (71.50), Upiak Isil (61.30), Bandi Amuk (60.10), Shidee (58.30), Ani Maiyuni (58.10), Azan Scan (54.80), Datuk Fazley (54.00) dan Nico G (50.10). 

Kesemua 13 peserta telah diadili oleh tiga juri tetap iaitu Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan juri jemputan Datuk AC Mizal.

Pada malam itu juga turut diumumkan program realiti Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) terbitan Astro Ria telah dinobatkan sebagai Program Muzik/Tarian Terbaik Asia di Asian Academy Creative Awards 2021 (AACA 2021) yang berlangsung di Singapura pada 3 Disember lalu. - Getaran 6 Disember 2021

Gambar: Astro/AzrulRafie

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 20 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN