web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


FDAM Akan Bantu Nasihat Yeop Hitler - Mat London

Presiden FDAM, Mat London minta agar segelintir pihak tidak mengambil kesempatan menghukum Yeop Hitler dan pihaknya akan berusaha membimbing pengarah itu supaya tidak mengulangi kesilapan.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 13 Oct 2021 8:55PM

Gambar: Fail

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) akan berusaha untuk memberikan nasihat serta khidmat kaunseling kepada ahlinya, Mohd Latif Zami atau Yeop Hitler, 49, berhubung isu penyalahgunaan dadah. 

Presidennya, Ahmad Ibrahim atau Mat London berkata, mereka akan mengadakan pertemuan dengan Yeop Hitler bagi mendapatkan penjelasan lebih mendalam berhubung isu tersebut dan pada masa yang sama membimbingnya agar gejala seperti ini tidak berulang lagi. 

“Kita akan berusaha bawa dia kembali semula ke pangkal jalan. Namun, saya harap jangan ada pihak yang menggunakan kesempatan ini menghukum dia (Yeop Hitler). 

“Dia pun sudah mengaku bersalah. Usah jatuh hukum atas sebab-sebab yang kita tidak tahu. Mungkin ada sebab-sebab tertentu dia terjebak dengan gejala ini.  Apapun, kita akan cuba bantu dia untuk menangani masalah penyalahgunaan dadah,” katanya. 

Menurut Mat London lagi, dia berharap perkara ini dijadikan iktibar oleh semua warga industri kreatif hiburan. 

“Usahlah menganggap dadah sebagai jalan keluar untuk berimaginasi dan berkreatif. Ia sebenarnya melalaikan dan tidak bermanfaat. 

“Apabila lalai, pergerakan seseorang akan menjadi lembab dan mengakibatkan mereka tidak boleh buat penggambaran. Bila tidak pergi penggambaran, ia akan merugikan penerbit dan menyusahkan banyak pihak. 

“FDAM sama sekali tidak percaya bahawa dadah boleh menyebabkan seseorang menjadi kreatif apabila bekerja,” katanya. 

Mat London turut menegaskan, tidak semua pekerja industri perfileman terlibat dengan gejala penyalahgunaan dadah. 

“Bagi saya apa yang berlaku ini hanyalah kes terpencil.Janganlah disebabkan seorang dua, semua dalam industri ini dilabel serupa,” katanya. 

Mat London bagaimanapun tidak setuju dengan cadangan segelintir pihak agar ujian air kencing dilakukan ke atas semua pekerja filem sebelum memulakan penggambaran. 

“Kita ada 12,000 orang yang terlibat dengan penggambaran sekarang ini. Takkan kita nak buat ujian air kencing ke atas mereka semua," katanya.  

Yeop Hitler adalah anak kepada Allahyarham Zami Ismail dan abang kepada Opie Zami. Beliau  pernah mengarahkan filem Misteri Jeram Lesung pada 2000, Dunia Baru The Movie (2008), Janin (2010), Gamatisme (2014) Bravo 5 (2015) Wangi (2019) dan Bikin Filem (2020). - Getaran, 13 Oktober 2021.

Gambar: Fail

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Yasin Dipenjara Seumur Hidup, 16 Sebatan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Penemuan Pergelangan Tangan Manusia: Gaduh Rebut Kawasan Dadah Dipercayai Punca Kejadian

3

Semasa 2 tahun yang lalu

APMM Rampas Dadah Terapung Di Laut

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Nelayan, Pembantu Kedai Makan Didakwa Edar Lebih 21Kg Dadah

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 14 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN