web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ceria Xtra #DudukRumah, 'Game Show' Interaktif Selebriti, Keluarga Dan Peminat 

Seramai 16 selebriti sensasi tahah air termasuk Datuk AC Mizal, Nabila Huda, Sean Lee, Mark Adam dan Meerqeen terlibat dalam program Ceria Xtra #DudukRumah diuji dengan permainan secara rawak dan tidak dijangka.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Sep 2021 2:41PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Biarpun negara masih berdepan cabaran COVID-19, saluran kanak-kanak nombor satu tanah air, Astro Ceria masih terus berusaha menampilkan sajian kandungan yang bersifat inovatif bagi mewarnai dunia mereka.  

Terbaharu, Astro Ceria tampil dengan 'Ceria Xtra #DudukRumah', sebuah rancangan permainan atau game show yang melibatkan 16 selebriti sensasi tanah air seperti Datuk AC Mizal, Nabila Huda, Mark Adam, Ajak Shiro, Shahrol Shiro, Sean Lee, Sarah Suhairi, Atu Zero, Zulin Aziz, Meerqeen, Norreen Iman, Erissa Puteri, Fikry Kiki, Bibi Qairina, Coki dan Aisar Khaled.

Diterbitkan dengan kerjasama rumah produksi Red Communications Sdn Bhd yang sebelum ini turut tampil dengan siri popular, ‘Oh My English’ dan ‘SMK’, program berformat variasi famili ini akan bersiaran setiap Jumaat, bermula 10 September ini, jam 9.00 malam di Astro Ceria (saluran 611) dan dihoskan pelakon serta pengacara Wafiy Ilhan.

'Ceria Xtra #DudukRumah' menyaksikan dua kumpulan yang dibentuk dan dipimpin kapten masing-masing diberikan cabaran untuk bermain beberapa permainan yang dilakukan secara maya dari kediaman masing-masing.

Setiap Kapten akan disertai tiga pemain yang mana seorang daripadanya ahli keluarga, rakan dan juga peminat. Bersesuaian dengan tagline ‘Xtra Lawak, Xtra Kecoh, Semua pun Xtra’!, keemua peserta  akan diuji dengan tugasan mengejutkan menerusi slot Misi Xtra .

Slot Misi Xtra ini dijalankan secara rawak ketika sesi permainan berlangsung dan tugasan ini perlu diselesaikan dalam jangka masa yang ditetapkan. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan markah kumpulan ditolak

Pengurus Saluran Astro Ceria, Cecilia Wong, berkata, keadaan pandemik yang masih melanda negara mahupun dunia ini memaksa mereka untuk berfikir luar dari kotak dan lari dari kebiasaan demi memastikan penonton dapat terus menikmati sajian kandungan yang segar dan penuh variasi dari semasa ke semasa. 

“Justeru, cabaran disahut dan kami sekali lagi bergandingan dengan Red Communications Sdn Bhd untuk menghasilkan sebuah lagi program baharu yang diyakini mampu menghiburkan hati orang ramai pada musim pandemik ini.

“Kami juga berbesar hati apabila ramai selebriti tanah air menyatakan persetujuan untuk turut terlibat menjayakan program game show keluarga bersifat interaktif ini.  Peranan mereka sebagai idola ramai rakyat Malaysia secara tidak langsung membantu mencetuskan semangat #KitaTeguhBersama di hati kita semua,” katanya. 

Menariknya, program ini turut membenarkan penonton di rumah untuk merasai pengalaman bermain bersama selebriti kesayangan mereka. Dari semasa ke semasa, Wafiy akan memaparkan Kod QR di skrin televisyen dan penonton hanya perlu mengimbas kod tersebut untuk menyertai ‘Ceria Xtra After Party’. 

Anda berpeluang untuk bertemu serta bermain game secara maya dengan barisan selebriti. Jangan lupa, saksikan 'Ceria Xtra #DudukRumah', pada setiap Jumaat, 9 malam mulai 10 September ini di Astro Ceria (saluran 611) serta di platform On Demand dan Astro GO. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang www.astroceria.com.my. - Getaran, 6 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Bakal Lancar Kempen Keselamatan Dalam Talian Untuk Kanak-Kanak Dan Keluarga

2

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

2

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

3

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

4

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

5

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

6

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

Disyorkan untuk anda

Muzik 4 jam yang lalu

Tipe-X, Last Child Dan Ruffedge Bakal Gegar Latihan Pestapora Malaysia 2026

oleh Rahayu MN