Berita Terkini

2 jam yang lalu: Cabaran negara pada Terbuka Thailand berakhir 2 jam yang lalu: Video bayi perempuan dikasari berlaku di pusat jagaan di Batu Caves 2 jam yang lalu: Persijilan logo halal JAKIM tidak cakupi skop makanan ternakan - DVS 2 jam yang lalu: UMS hargai peruntukan RM3 juta atasi masalah air - Naib Canselor 2 jam yang lalu: RM44 juta untuk atasi masalah bekalan air di Rengit - Ranhill SAJ

IKUTI KAMI


Petronas Paparkan Pahit Getir Rakyat Dalam 'Demi Cinta'

Legasi iklan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Petronas diteruskan tahun ini dengan 'Demi Cinta' yang menampilkan suara merdu Vanessa Reynauld dan lagu oleh Mohariz Yaakob.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Aug 2021 2:23PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setiap kali menjelangnya Hari Kebangsaan Negara dan Hari Malaysia, Petronas tidak pernah mengecewakan untuk menghasilkan iklan-iklan bertemakan kemerdekaan buat masyarakat Malaysia. 

Inilah ungkapan yang saban tahun kita dengar apabila iklan kemerdekaan Petronas ditayangkan di skrin TV mahu pun di platform digital YouTube. 

Kita pasti menyangka bahawa kewujuan pandemik COVID-19 sejak tahun lepas akan menghalang Petronas untuk mengeluarkan iklan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang hebat dek pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara. 

Namun, sangkaan itu ternyata meleset. Sebaliknya, syarikat yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia ini telah muncul dengan sebuah iklan animasi bertemakan perpaduan yang cukup menarik pada tahun lepas. 

Aksi dan gelagat sekumpulan getah pemadam yang mewakili setiap negeri yang ada di Malaysia sedang bermain bola sepak bersama-sama benar-benar mencuit hati.

Apabila getah pemadam negeri Sabah, Selangor dan Kedah terjatuh dan hampir menjadi mangsa mainan kucing, masing-masing telah bersatu-padu untuk membantu ketiga-tiga rakan negeri getah pemadam tersebut. 

Memandangkan tahun ini, pandemik COVID-19 masih lagi berterusan menyerang umat manusia sejagat tanpa rasa belas kasihan dan kita terpaksa melalui PKP 3.0, Petronas telah menggunakan pendekatan lagu dalam iklan berkonsep animasi untuk meraikan Hari Kemerdekaan Negara yang ke-64 dan Hari Malaysia ini sebagai suatu kelainan.

Lagu tema berjudul ‘Demi Cinta’ nyanyian Vanessa Reynauld ini memaparkan pahit getir yang terpaksa dihadapi segelintir rakyat apabila pandemik COVID-19 telah menggugat kehidupan serta kelangsungan hidup mereka.

Sebaik sahaja ditayangkan pada 29 Ogos lalu menerusi saluran YouTube Petronas, iklan ini telah meraih sebanyak 1.7 juta tontonan.

Namun, tahukah anda bahawa pada asalnya lagu ciptaan komposer Mohariz Yaakup ini dibuat dalam dua versi dan dinyanyikan penyanyi yang berbeza?

Sewaktu diwawancara Getaran, Mohariz berkata, dia menghasilkan melodi lagu itu berdasarkan storyboard yang telah dikongsi pihak agensi. 

“Mereka turut memberikan saya rujukan jenis lagu serta mood muzik lagu yang mereka mahukan. Berpandukan kepada rujukan tersebut, saya hasilkan dahulu melodi lagu ini. 

“Lagu ini sebenarnya mempunyai dua versi. Versi balada dinyanyikan Vanessa Reynauld. Memang saya cadangkan nama dia. Kemudian seorang lagi penyanyi pula membawakan lagu fast tempo

“Saya sendiri tidak tahu bagaimana saya boleh hasilkan melodi lagu yang berbeza untuk sebuah lirik yang sama. Tapi, akhirnya agensi memilih versi balada nyanyian Vanessa Reynauld,” katanya. 

Pencipta lagu 'Demi Cinta', Mohariz Yaakup
Pencipta lagu 'Demi Cinta', Mohariz Yaakup

Jelas Mohariz lagi, biarpun ‘Demi Cinta’ dihasilkan untuk iklan sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia, namun ia bukanlah sebuah lagu yang bersifat patriotik secara total. 

Kalau dihayati lagu ini betul-betul, beserta dengan jalan cerita yang dipaparkan di dalam iklannya, ia sebenarnya bercerita mengenai tentang pergelutan hidup yang terpaksa kita lalui pada waktu pandemik ini.

“Ia juga turut menyentuh tentang soal kasih sayang, penyatuan dan pada waktu yang sama, kecintaan kita terhadap negara. 

“Ini adalah kali pertama saya menghasilkan lagu untuk Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia dan bagi saya Vanessa telah melakukan tugasnya dengan baik.

“Persembahan vokalnya sangat baik dan saya percaya dia boleh pergi dengan lebih jauh lagi di dalam bidang nyanyian ini,” katanya. 

Vanessa Reynauld
Vanessa Reynauld

Sementara itu, Vanessa di dalam posting saluran YouTube Petronas memberitahu bahawa dia sangat berbesar hati apabila berpeluang untuk menjayakan projek iklan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia Petronas itu.

“Saya berasa sangat bangga apabila menjadi sebahagian daripada projek untuk Hari Kebangsaan negara. Saya harap semua orang akan dapat mengaitkan diri mereka dengan cerita yang sangat menyentuh hati ini. 

“Selamat menyambut Hari Kebangsaan ke-64 dan Selamat Hari Malaysia. Bersama, kita akan mampu untuk berdepan dengan saat-saat yang sukar ini. Kita sayang Malaysia,” kata bekas peserta 'Popstar Ceria Musim Ketiga' ini. - Getaran, 31 Ogos 2021

Gambar: Ihsan Mohariz Yaakup dan Facebook Vanessa Reynauld

Berita Berkaitan

1

Semasa 15 jam yang lalu

MoU Dengan Malaysia Untuk Pengambilan Pekerja India Sedang Dibincangkan, Kata Menteri India

2

Semasa 2 hari yang lalu

Sam Rainsy Sudah Tinggalkan Malaysia – Wisma Putra

3

Semasa 3 hari yang lalu

Menteri India V. Muraleedharan Adakan Lawatan Ke Malaysia Minggu Ini

4

Semasa 6 hari yang lalu

Siasatan Dakwaan Wujud Unsur Rasuah RM399 Juta: PETRONAS Sentiasa Pertingkat SOP

Sorotan

1

Polis Rakam Keterangan Dr Mahathir

2

Isu kontrak CEO FINAS Ditamatkan Lebih Awal Bukanlah Suatu Kes Unik - Kamil Othman Ulas

3

FINAS: Penamatan Khidmat Dr Md Nasir Keputusan Lembaga Pengarah - Fahmi

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 13 jam yang lalu

‘Saya Kecewa Poster Filem Saya Tiada Di Booth Cannes,’ – Adrian Teh  Berharap FINAS Pentingkan Aspek Pemasaran Filem Malaysia 

oleh Rubini Nagarajah

Muzik 1 hari yang lalu

RIM Lancar Sumbangan Rahmah Industri Muzik, Bantu Penggiat Seni Muzik Tempatan

Sumbangan Rahmah Industri Muzik merupakan pengembangan Dana Kecemasan yang ditubuh sebelum ini dalam menyediakan bantuan kewangan segera kepada penggiat industr...

Selebriti 1 hari yang lalu

30 Penggiat Seni Dapat Kebenaran Ambil Tindakan Undang-Undang Tuntut Bayaran Royalti

Pemohon memohon deklarasi bahawa PRISM cuai menjalankan tugasnya sebagai pemegang amanah untuk mengutip dan mengagihkan wang royalti bagi kesemua pemohon dan me...

Selebriti 21 jam yang lalu

Fasha Sandha Terima Permohonan Maaf Terbuka Daripada Wanita Yang Menuduh Dirinya Potong Usus Untuk Kurus

oleh Helmi Anuar