web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘The Ferryman: Legends Of Nanyang’ Drama Asia Tenggara Pertama IQiyi

Sempena perayaan Hantu Lapar, laman penstriman hiburan iQiyi siarkan drama bersiri seram sarat dengan aksi dan komedi bulan ini.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Aug 2021 5:33PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Adakah anda pernah mendengar tentang perayaan Hantu Lapar yang disambut masyarakat Cina? Perayaan yang turut dikenali sebagai Yu Lan dalam Mandarin dan Phor Thor (Hokkien) ini diadakan untuk menyambut roh yang berlegar memenuhi selera makan mereka selama sebulan. 

Walaupun tiada perayaan meriah secara fizikal tahun ini akibat pandemik, laman penstriman hiburan, iQiyi International bakal menayangkan drama bersiri 'The Ferryman: Legends of Nanyang' sempena meraikan sambutan itu. 

Drama ini bakal menampilkan bintang terkenal industri hiburan Cina antarabangsa seperti Lawrence Wong, Qi Yuwu, Kate Kinney, Tay Ping Hui, Jeanette Aw, Debbie Goh, Koe Yeet dan Jojo Goh. 

'The Ferryman: Legends of Nanyang' mengisahkan dua pemuda yang membantu roh-roh tidak tenteram dan masih merayau di muka bumi untuk melangkah ke dunia akhirat.

“Cerita ini menggabungkan elemen romantis, aksi, komedi dan seram yang sangat menarik. Ia bukan hanya menakutkan tetapi bakal membuat anda ketawa terbahak-bahak. Terdapat juga banyak pengajaran yang boleh dijadikan iktibar bersama," kata Lawrence.

Sementara itu, Qi Yuwu, mengakui cabaran terbesar buat dirinya adalah untuk melawan ketakutan menjayakan karya seram ini. Dia nekad menerima tawaran menjadi sebahagian pelakon karya ini kerana jarang melihat kerjasama di antara syarikat produksi Singapura dan Malaysia. 

“Ya, memang betul saya ambil masa untuk menyesuaikan diri tetapi gembira dapat mengatasi segala ketakutan itu. Drama ini mempunyai banyak unsur-unsur realiti yang dekat dengan diri saya. Jadi, sangat mudah untuk menjiwainya," jelas Qi Yuwu.

Ditanya pernahkah berdepan pengalaman mistik ketika penggambaran, Koe Yeet menjelaskan dia tidak mengalami sebarang kejadian pelik atau menakutkan.

"Walaupun kebanyakan filem lakonan sebelum ini bergenre seram, saya tidak pernah mengalami apa-apa kejadian luar biasa di lokasi," katanya. 

Namun begitu, Kate Kinney berkongsi pengalaman berbeza apabila ada di antara kru yang terkena gangguan di set penggambaran terutama di kedai serbaneka 444. 

“Saya tidak mengalami apa-apa kejadian tetapi kru ada terdengar suara orang bercakap tetapi tiada sesiapa di situ melainkan mereka," katanya. 

Selain 'The Ferryman: Legends of Nanyang',  iQiyi juga bakal menyiarkan drama bersiri 'Danger Zone' dan 'Rainless Love in a Godless Land' tidak lama lagi. 

Tayangan perdana 'The Ferryman: Legends of Nanyang' disiarkan pada hari ini menerusi aplikasi iQiyi International atau di laman web mereka. - Getaran, 24 Ogos 2021

Semua gambar: iQiyi International & Go Communications

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 9 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN