Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Airasia Food Lebar Sayap Ke 3 Negeri

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Aug 2021 12:15PM

Airasia Food akan mengembangkan sayap ke Melaka, Ipoh dan Johor Bahru. - Gambar dari airasia.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Platform penghantaran makanan dengan caj komisen terendah, Airasia Food kini mempelawa kalangan pengendali makanan dan minuman di Melaka, Ipoh dan Johor Bahru untuk menyertainya tanpa dikenakan yuran penyertaan.

Ketua e-Dagang Airasia Super App, Lim Ben-Jie berkata lokasi baharu itu merupakan sebahagian daripada rancangan pengembangan anak syarikat Airasia tersebut selepas dilancarkan di Lembah Klang dan seterusnya di Singapura, Pulau Pinang, Kota Kinabalu serta Seremban.

Dalam kenyataan pada Khamis, beliau berkata platform airasia food itu disokong oleh ekosistem Airasia Super App iaitu Teleport yang menawarkan penyelesaian mudah untuk para peniaga dengan caj komisen terendah industri iaitu 15 peratus. 

“Terdapat permintaan tinggi terutama daripada peniaga kecil di Ipoh, Johor Bahru dan Melaka untuk disenaraikan dalam platform airasia food. Kini, kami membawa platform ini ke bandar-bandar tersebut dan mengalu-alukan peniaga untuk mendaftar dengan kami,” katanya.

Lim berkata, pihaknya turut menerima maklum balas positif daripada ramai peniaga tempatan yang berkongsi bagaimana airasia food membantu mereka ketika tempoh sukar sekarang, terutama apabila syarikat lain mengenakan caj komisen tinggi dan tersembunyi sehingga 30 hingga 35 peratus.

Menurutnya, selain caj komisen terendah, para peniaga turut mempunyai akses mudah untuk melihat semua urus niaga yang dijalankan, berkomunikasi terus dengan pelanggan serta menyelaras menu sepenuhnya termasuk menetapkan harga. 

“Mereka akan turut mendapat bantuan pengurus akaun untuk membawa perniagaan makanan dan minuman mereka ke dalam talian selain menyediakan bantuan sistem untuk analisis dan pemantauan data.

"Peniaga juga boleh memanfaatkan usaha pemasaran secara luas dan kempen berterusan untuk meningkatkan aspek publisiti dan jualan termasuk kempen Hidangan Percuma kami yang dikenali ramai,” katanya. 

Mereka yang berminat untuk menyertai pasukan penghantaran airasia boleh mendaftar melalui laman https://www.teleport.asia/en/my/delivery-partner. - Bernama

Sorotan

1

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

2

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

3

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

4

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

5

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

6

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

7

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 6 jam yang lalu

Tesla Turunkan Harga 2 Model EV Mulai Hari Ini