web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ibrahim Saad Bakal Pengerusi Institusi Kewangan Tempatan?

Ekonomi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Aug 2021 3:58PM

Tan Sri Dr Ibrahim Saad

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengasas dan Pengerusi pertama Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Tan Sri Dr Ibrahim Saad dilaporkan bakal dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif sebuah institusi kewangan ternama negara.

Pelantikan berkenaan membolehkan beliau turut berkelayakan untuk bergelar pemegang saham institusi terbabit.

Serentak dengan itu, perubahan pemegang saham juga akan berlaku dengan kemasukan dua individu ternama di dalam institusi kewangan berkenaan.

Sumber memberitahu Getaran, berita pelantikan itu akan diumumkan bila-bila masa, sebaik beberapa urusan berkaitan selesai dilaksanakan.

Menurut beliau, pelantikan Ibrahim sudah dipersetujui dan bakal berkuat kuasa pada kadar segera.

“Semuanya sudah diputuskan, tunggu (waktu) sahaja untuk diumumkan,” katanya kepada Getaran.

Difahamkan, pelantikan Ibrahim memiliki kaitan dengan perubahan barisan kepimpinan sebuah institusi kewangan tempatan yang berlaku hari ini.

Perubahan mengejutkan itu sekali gus mengubah keputusan awal ditetapkan, berhubung penyerapan Ibrahim sebagai antara teraju utama institusi tersebut.

Getaran sebelum ini melaporkan, Ibrahim dan bekas Pengerusi Malayan Banking Berhad (Maybank), Datuk Mohaiyani Shamsuddin bakal dilantik sebagai teraju utama sebuah institusi kewangan tempatan. - Getaran, 15 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 tahun yang lalu

Dibeban Institusi Kewangan, 35 Aduan Rakyat Diterima Setiap Minggu - CASSA

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori