web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Abdul Aziz Letak Jawatan Dalam Boustead Plantation

Ekonomi Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 06 Aug 2021 3:35PM

Abdul Aziz Julkarnain - Gambar dari dailyexpress

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengarah Bebas dan Bukan Eksekutif Boustead Plantation Bhd (Boustead Plantation), Ir Abdul Aziz Julkarnain telah meletakkan jawatannya dalam Boustead Plantation untuk menumpukan kepada kepentingan lain berkuat kuasa 5 Ogos, 2021.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Boustead Plantation berkata Abdul Aziz, 43, telah dilantik sebagai ahli lembaga pengarah syarikat itu pada 1 September, 2020.

Beliau kini memegang beberapa jawatan dalam organisasi lain termasuk Pengarah Urusan TRH Builders Sdn Bhd, Pengarah Urusan Hashim dan Julkarnanin Perunding Sdn Bhd, Pengarah Kumpulan MYIB dan Penyelaras Projek Intiutama Sdn Bhd.

Pada waktu rehat tengah hari, harga saham Boustead Plantation di Bursa Malaysia tidak berubah pada 56.5 sen sesaham. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori