web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dana Pelaburan 7 Angka Mampu Bantu Kembang Operasi Perniagaan - iStore iSend

Ekonomi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jul 2021 5:58PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemberian dana pelaburan tujuh angka diyakini mampu membantu iStore iSend merancakkan perancangan untuk mengembangkan operasi perniagaan ke luar negara.

Pengasas Bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif iStore iSend, Joe Khoo berkata, dana tersebut akan membantu syarikat memperluaskan operasi dan menembusi pasaran e-dagang negara jiran, termasuk Thailand dan Vietnam.

Menurut beliau, dana dalam mata wang Amerika Syarikat (AS$) itu diterima dari Kuroneko Innovation Fund, sebuah syarikat modal milik Yamato Holdings.

“Dana tersebut yang diuruskan oleh Global Brain Corporation akan digunakan sebaiknya untuk pemerolehan bakat dan menambah baik sistem.

“Kami berharap agar perkongsian strategik ini akan terus mengukuhkan kedudukan di ASEAN, apatah lagi menerusi penggabungan iStore iSend ke dalan portfolio Kuroneko Innovation Fund,” katanya.

Joe Khoo berkata, pelaburan ini adalah satu kesinambungan daripada suntikan modal Series B iStore iSend bernilai AS$5.5 juta (RM23.27 juta) pada Januari 2021, yang berjaya dilakukan oleh Gobi Partners dan EasyParcel.

Dalam pada itu, Pengasas Bersama merangkap Pengerusi Gobi Partners, Thomas G. Tsao berkata, mereka mengalu-alukan lebih banyak pelaburan dana dari Jepun ke dalam syarikat permulaan Malaysia.

"Gobi Partners amat teruja untuk menyumbang kepada jalinan kerjasama yang lebih erat di antara Malaysia dan Jepun.

“Pelaburan daripada Kuroneko Innovation Fund ini ialah satu bukti jelas terhadap nilai luar biasa yang dibekalkan oleh iStore iSend kepada industri ini, " katanya.

Setakat ini, iStore iSend menguruskan lebih daripada 30 jenama barangan pengguna cepat laris (FMCG) luar negara dan 300 jenama tempatan. – Getaran, 27 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

38 Warga Asing Ditahan Dalam Operasi Sekitar Johor

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Perjalanan Bas Bawa Pelancong Tertangguh, Pemandu Tiada Lesen Memandu

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Elak Dicekup Imigresen, Wanita Warga Asing Tekad Terjun Bangunan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Lakukan Pelbagai Kesalahan, 567 Warga Asing Ditahan Di Bangsar

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori