web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Syarikat Tempatan Edar Robot Mampu Basmi Virus COVID-19

Ekonomi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jul 2021 9:15AM

2 robot pembasmi virus yang dilengkapi dengan pemancar sinar UV-C ini boleh digunakan untuk proses pembasmian kuman dan virus. - Gambar Nur Muharram Kassim

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Antara tiga jenis sinaran ultra ungu (UV) yang terpancar daripada matahari, hanya satu sahaja mampu membasmi virus, malangnya cahaya lutsinar itu tidak dapat menembusi lapisan ozon bumi kita.

Menurut kajian dijalankan Dr. Anthony Griffiths daripada Universiti Boston di Amerika Syarikat, sinaran yang diberi nama UV-C itu mampu membunuh 99 peratus virus COVID-19 hanya dalam masa enam saat.

Namun, memandangkan sinaran UV-C tidak dapat sampai ke permukaan bumi, adakah ini bermakna ia hanya dapat dihasilkan dan digunakan untuk tujuan penyelidikan dalam makmal semata-mata?

Jawapannya adalah tidak.

Berkat perkembangan teknologi dengan begitu pesat, manusia kini telah mampu menghasilkan sinaran UV-C yang dapat digunakan secara efisien dan selamat, walaupun buat kegunaan di luar makmal penyelidikan.

Hari ini, buat kali pertamanya, dua robot pembasmi virus yang dilengkapi dengan pemancar sinar UV-C membuat demonstrasi bagaimana cahaya tersebut mampu membasmi ruang legar Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pandu Lalu untuk golongan kelainan upaya (OKU) di sini.

Kedua-dua robot yang boleh dikawal menggunakan alat kawalan jauh tersebut turut diberi nama timangan dalam Bahasa Malaysia, iaitu Nora untuk model berwarna putih dan Sofia bagi model berwarna hitam.

''Dengan robot ini, kita akhirnya boleh menyerang virus COVID-19.  Kita sedang berperang dan dalam pertempuran, menyerang adalah pilihan yang terbaik,” kata Datuk Tan Sing Chia dari Alfallah Cleantech (Malaysia) Sdn Bhd.

Tan Sing Chia
Tan Sing Chia

Sing Chia adalah Pengerusi Eksekutif syarikat tersebut yang merupakan pengedar rasmi robot dibangunkan oleh UVD Robots, sebuah pengilang dan pembekal robot perkhidmatan professional dari Denmark.

“Sekarang semua robot ini, digunakan secara meluas di 70 buah negara. Apabila wabak COVID-19 itu menular di Wuhan, kerajaan China menggunakan 12-unit untuk membantu usaha mereka membendung virus berkenaan,” jelas Sing Chia.

Menurut beliau, robot yang siap dibina pada 2014 itu pada mulanya dibangunkan untuk mencegah individu sihat daripada mendapat jangkitan virus dan bakteria ketika melawat hospital.

“Ia boleh menjalankan proses pembasmian kuman dan virus selama dua jam, sebelum perlu dicas semula di stesen pengecasannya yang turut memakan masa selama dua jam.

“Jika kerajaan Malaysia berminat, kami boleh membekalkan sejumlah 100 – 150 unit robot ini dalam masa satu bulan. Harga satu unit robot ini tidak mencecah RM400,000,” jelas Sing Chia. - Getaran, 23 Julai 2021.

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori