web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MAG Sahkan Keluar Tender Terbuka Jual Pesawat A380

Ekonomi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jul 2021 9:27PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia Aviation Group Bhd (MAG), syarikat induk Malaysia Airlines, hari ini mengesahkan bahawa ia telah mengeluarkan notis tender kepada pihak yang berminat untuk membeli pesawat Airbus 380 (A380) dan/atau komponennya pada 12 Julai.

“Ini susulan keputusan kumpulan untuk mengeluarkan kumpulan pesawat A380, selepas langkah penstrukturan semulanya selesai pada Mac 2021.

“Syarikat penerbangan akan mengikuti proses yang sewajarnya dalam menilai cadangan oleh pembida yang berpotensi dan menjangka proses itu akan selesai pada suku keempat 2021,” menurut kumpulan itu kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

MAG mengulas laporan mengenai anak syarikat milik penuhnya, MAB Pesawat Sdn Bhd menjalankan tender terbuka untuk penjualan enam pesawat A380-800 dan/atau komponennya.

Pihak yang berminat dipelawa untuk menghantar cadangan mereka selewat-lewatnya pada 12 Ogos 2021.

MAB telah menyelesaikan proses penstrukturan semula hutangnya dalam tempoh hanya empat setengah bulan, menjadikannya organisasi syarikat penerbangan paling cepat dalam sejarah melaksanakan langkah tersebut dalam tempoh yang singkat.

Pelan penstrukturan semula itu melibatkan 75 pemiutang, dengan jumlah hutang kira-kira RM15 bilion oleh Malaysia Airlines. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori