web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


AirAsia Raih RM1.024 Bilion Daripada Terbitan Hak

Ekonomi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jul 2021 8:12AM

Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Group Bhd (AAGB) bercadang untuk melaksanakan terbitan hak boleh lepas sehingga RM1.024 bilion dalam nilai nominal Sekuriti Hutang Islam Boleh Tebus Boleh Tukar dan Tidak Bercagar (RCUIDS) untuk tempoh tujuh tahun dengan nilai nominal sebanyak RM0.75 setiap satu berdasarkan dua RCUIDS dengan satu waran boleh dipisahkan secara percuma bagi setiap enam saham biasa yang dipegang.

Langkah itu dijangka mengumpul hasil kasar antara RM615.9 juta dan RM1.024 bilion, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam.

AAGB berkata hasil tersebut akan digunakan, antara lain, untuk penyelesaian lindung nilai bahan api; pembayaran sewa dan penyelenggaraan pesawat; modal kerja am; dan untuk unit perniagaan AirAsia Digital Sdn Bhd.

“Cadangan terbitan hak itu dilaksanakan susulan beberapa perkara yang tidak dijangka di luar kawalan kumpulan, terutamanya disebabkan penularan pandemik COVID-19 di peringkat global yang telah memberikan cabaran kepada industri penerbangan.

“Sekatan perjalanan yang dikenakan oleh pelbagai kerajaan di seluruh dunia telah menyebabkan trafik penumpang masuk dan keluar merosot dengan ketara bagi kumpulan dan ketidaktentuan mengenai prospek dan operasi kumpulan pada masa depan,” katanya.

RCUIDS memberi peluang kepada pemegang saham yang layak untuk melanggan sekuriti hutang berkaitan ekuiti tidak bercagar dengan kadar keuntungan yang menarik sebanyak 8.0 peratus setahun.

AAGB berkata cadangan terbitan hak itu akan berfungsi sebagai langkah interim untuk menangani keperluan aliran tunai jangka pendek, selain syarikat terus mengkaji pilihan lain yang ada dan/atau cadangan korporat untuk meningkatkan prestasi kewangan kumpulan dalam jangka masa panjang. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori