web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Negara Mampu Capai Jumlah Pekerjaan Baharu Hingga 500,000 Tahun Ini - MEF

Ekonomi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2021 3:28PM

Gambar sekadar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) yakin negara mampu mencapai 500,000 pekerjaan baharu tahun ini meskipun negara mencatat kadar pengangguran yang tinggi iaitu melebihi empat peratus.

Pengarah Eksekutif MEF Datuk Shamsuddin Bardan berkata di bawah inisiatif Majlis Pekerjaan Negara pada setengah tahun pertama 2021, lebih 240,000 pekerjaan baharu diwujudkan.

“Kadar pengangguran yang tinggi iaitu melebihi empat peratus amat membimbangkan dan pada masa ini, saya merasakan bahawa untuk mencari pekerjaan adalah tidak mudah.

“Alhamdulillah kerana kerajaan telah menyatakan di bawah inisiatif Majlis Pekerjaan Negara pada setengah tahun pertama tahun ini telah diadakan pekerjaan baharu sebanyak lebih 240,000, saya merasakan bahawa memang ada peluang untuk kita mencapai pekerjaan baharu hingga 500,000 pada tahun ini,” katanya ketika menjadi tetamu program Koresponden Bernama terbitan Bernama TV hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai impak terhadap pengangguran pekerja sekiranya perniagaan terpaksa ditutup atau dikecilkan susulan pandemik COVID-19.

Shamsuddin berkata perkara yang amat penting adalah pekerja itu sendiri harus memberikan daya usaha lebih tinggi supaya mereka dapat mempelajari kemahiran-kemahiran baharu dan tidak memilih pekerjaan yang ditawarkan oleh majikan. 

Mengenai Program Subsidi Upah atau PSU 4.0, beliau berkata ia diperlukan majikan pada masa kini kerana kebanyakan majikan mengalami kekangan aliran wang tunai.

“Ini diharapkan dapat dimanfaatkan oleh lebih 2.5 juta pekerja dan akhirnya dapat menolong majikan terus bertahan dalam keadaan ekonomi yang mencabar ini dan juga membantu majikan dalam mengekalkan pekerja-pekerja mereka.

“Ini amat penting kerana kita tahu jika pekerja diberhentikan kerja pada masa ini, agak sukar untuk pekerja mendapatkan pekerjaan baharu kerana kebanyakan majikan masih membekukan sebarang pengambilan pekerja baharu,” katanya.

Secara keseluruhan, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM3.8 bilion untuk PSU 4.0 di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang dijangka dapat memberi manfaat kepada 2.5 juta pekerja dan 242,000 majikan di seluruh negara.

Shamsuddin berkata program PenjanaKerjaya 3.0 juga amat berguna kepada majikan kerana ia memberikan insentif-insentif tertentu kepada majikan untuk mengambil pekerja-pekerja baharu untuk diberikan latihan sewajarnya.

“Di bawah program berkenaan, bukan sahaja latihan diberikan tetapi kita menempatkan pekerja berkenaan ke syarikat-syarikat tertentu dan akan diberikan latihan sewajarnya.

“Pada akhir latihan berkenaan, pekerja adalah merupakan pekerja syarikat bukan macam skim-skim terdahulu yang kebanyakannya hanya memberikan latihan dan selepas habis latihan, tidak tahu sama ada majikan akan menawarkan pekerjaan atau tidak,” katanya.

Selain itu, beliau mengalu-alukan majikan untuk menggunakan pengecualian levi Perbadanan Sumber Manusia Berhad bagi membayar kos program vaksinasi pekerja.

“Perkara ini amat dialukan kerana mereka dalam kategori perusahaan kecil dan sederhana (PKS) amat perlukan bantuan sedemikian untuk bantu mereka memberi imunisasi kepada pekerja dan juga langkah untuk berikan pelepasan cukai, imbuhan cukai adalah penting menggalakkan majikan memberikan vaksinasi kepada pekerja.

“Kerajaan menyatakan bahawa kalau syarikat berjaya memberikan imunisasi kepada 100 peratus pekerja mereka, mereka berkemungkinan diberikan kebenaran untuk beroperasi dan ini saya rasakan menjadi insentif yang sangat baik kepada majikan untuk beri imunisasi kepada pekerja mereka,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Refleksi 1 tahun yang lalu

Tip Mencari Pekerjaan Di Zaman Serba Mencabar

2

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Peluang Pendidikan: KPM Jamin Tidak Pinggir Mana-Mana Kaum

3

TARA 3 tahun yang lalu

Menyediakan Curriculum Vitae (CV) Merumitkan? - AI CV Maker Sedia Membantu Mereka Yang Ingin Cari Peluang Kerja 

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Majikan Perlu Sedia Struktur Kemajuan Kerjaya Pekerja - MEF

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori