web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Bakal Tampung Subsidi Minyak, Minyak Masak Hingga RM8.0 Bilion Tahun Ini

Ekonomi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2021 12:50PM

Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan bakal menampung subsidi minyak dan minyak masak sehingga RM8.0 bilion, iaitu RM4.22 bilion lebih tinggi daripada RM3.78 bilion yang diperuntukkan bagi tahun ini.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM6.32 bilion bagi subsidi minyak dan minyak masak pada 2019 dan RM2.16 bilion pada 2020.

Menurutnya, peruntukan yang lebih tinggi itu bagi tahun ini adalah berikutan peningkatan harga pasaran global semasa. 

Tengku Zafrul berkata, susulan peningkatan harga komoditi di peringkat global, subsidi kerajaan bagi produk petroleum petrol RON95, diesel dan liquified petroleum gas (LPG) serta minyak masak bersubsidi dijangka meningkat dengan mendadak.

“Kerajaan bersedia menanggung perbelanjaan subsidi yang lebih tinggi ini bagi memelihara kesejahteraan rakyat dan kelangsungan perniagaan, terutamanya peniaga-peniaga kecil,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata kerajaan akan terus membantu rakyat melalui pelbagai langkah termasuk meneruskan subsidi minyak dan minyak masak dalam membantu mengurangkan kesan kenaikan harga komoditi di peringkat global ke atas kos sara hidup rakyat.

Menurutnya, kerajaan tetap meneruskan dasar pengekalan harga bagi barang-barang runcit iaitu RM2.05 per liter bagi Petrol RON95 yang telah dikekalkan sejak 10 Februari, dan RM2.15 per liter bagi Diesel sejak 10 Februari.

Manakala harga gas petroleum cecair LPG dikekalkan pada RM1.90 sekilogram sejak Jun 2015, dan minyak masak bersubsidi pula bernilai RM2.50 pek sekilogram semenjak 1997, katanya.

Beliau menambah pelbagai langkah Belanjawan dan inisiatif yang ditambah baik melalui PERMAI, PEMERKASA dan PEMERKASA Tambahan akan terus disalurkan sekurang-kurangnya sehingga Disember 2021. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori