web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Invest Selangor Sasar Potensi Transaksi Bernilai RM1.3 Bilion Daripada SAS 2024

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2024 8:04AM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Invest Selangor Bhd menyasarkan potensi nilai transaksi lebih tinggi sebanyak RM1.3 bilion pada Pameran Penerbangan Selangor 2024 (SAS 2024) akan datang berbanding edisi sebelumnya.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti negeri, Ng Sze Han berkata, sasaran itu dijangka dapat dicapai disokong dengan saiz acara yang lebih besar dan 30 memorandum persefahaman yang akan dimeterai pada acara tahun ini.

SAS 2024 akan diadakan bermula 12-14 September di Pusat Penerbangan Serantau Skypark (RAC) Subang dengan menyasarkan 25,000 penyertaan serantau.

"Untuk SAS 2024 ini empat hangar ditambah dan pelbagai reruai serta chalet disediakan bagi memenuhi permintaan pemain industri yang berminat menyertai pameran tersebut.

"Terdapat sejumlah 52 reruai khas tersedia untuk peserta SAS 2024 yang boleh dijadikan kawasan perbincangan peribadi mereka," katanya dalam taklimat media mengenai SAS 2024 di sini, semalam.

Menurut Ng, SAS sebelum ini menghimpunkan 109 syarikat asing dan tempatan sebagai pempamer, 49 pameran pesawat dan penyertaan dari negara seperti Amerika Syarikat, Denmark, Perancis dan Singapura.

"Beberapa pemain industri terkemuka seperti Textron, Gulfstream, Dassault Aviation dan banyak lagi menyertai acara pada edisi lalu, melibatkan RM823 juta dalam potensi nilai transaksi serta menarik seramai 19,217 pengunjung antarabangsa dan domestik," katanya.

Pada tahun ini, beliau berkata, kadar untuk reruai 'standard" bermula dari RM6,000, manakala harga untuk chalet bermula dari RM25,000.

Ruang kosong boleh didapati daripada RM600 setiap meter persegi.

SAS 2024 turut menjangkakan peningkatan penyertaan pempamer pesawat statik dan berharap pengeluar peralatan asli serta pemain utama industri akan kembali dengan pesawat terbaharu mereka untuk dipamerkan pada pameran kali ini.

"Beberapa segmen baharu juga akan digabungkan seperti teknologi angkasa lepas serta demonstrasi mencari dan menyelamat sebagai nilai tambah pengalaman kepada peserta.

"SAS 2024 juga merancang untuk membuka peluang kerjaya dalam program penerbangan dengan menampilkan 40 syarikat berkaitan dalam industri yang ingin mencari pekerja pada hari kedua dan ketiga acara itu," katanya.

Pemain industri yang berminat menyertai SAS 2024 boleh menghubungi Sekretariat SAS di [email protected] sebelum 31 Mei 2024 untuk menikmati diskaun awal lima peratus.

Peserta pameran yang kembali juga boleh menikmati diskaun 10 peratus untuk penyertaan mereka. - BERNAMA

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?