web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pelaburan Langsung Tertinggi Bukti Keyakinan Pelabur Asing Terhadap Kewangan Negara - PM

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2024 8:58PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi taklimat mengenai Tun Razak Exchange (TRX) selepas merasmikan TRX sebagai pusat kewangan antarabangsa hari ini. gambar FB Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah pelaburan langsung yang dicatatkan tahun lalu, iaitu RM329.5 bilion memberi gambaran kukuh keyakinan pelabur asing terhadap prestasi dan perencanaan kewangan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun terdapat kebimbangan mengenai nilai tukaran mata wang ringgit, tetapi jika dirujuk kepada angka dan asas ekonomi serta instrumen pelaburan, ia nyata memberikan gambaran yang berbeza.

"Seperti yang saya kongsikan semalam, Kerajaan MADANI telah meluluskan jumlah pelaburan langsung tertinggi di Malaysia dalam satu tahun kalendar pada tahun lepas, yakni RM329.5 bilion.

"Angka ini ternyata memberi gambaran yang kukuh kepada pelabur asing bahawa prestasi dan perencanaan kewangan negara setakat ini berhasil menarik minat pelaburan syarikat-syarikat gergasi dan institusi-institusi kewangan dari seantero dunia untuk bertapak di sini," katanya dalam perkongsian di Facebook hari ini.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan MADANI juga berjaya menurunkan kadar pengangguran ke paras terendah pasca-pandemik.

Malah, katanya, walaupun Malaysia masih berdepan dengan masalah kenaikan kos barang, inflasi yang direkodkan masih belum mencecah kadar dua peratus iaitu pada suku keempat 2023, ketika seluruh dunia masih dihimpit inflasi tinggi sejak pandemik. 

"Saya beriltizam untuk memastikan Kerajaan MADANI akan membawa asas ekonomi kita dan kesejahteraan rakyat ke paras yang lebih tinggi. 

"Saya amat berharap agar rakyat umumnya dapat mengikuti perjalanan ini dengan rapat dan menggarap keseimbangan yang cuba diwujudkan Kerajaan dalam menongkah arus cabaran geopolitik dan masalah rantaian bekalan makanan dunia sambil memastikan ekonomi kita kekal mampan dan terarah," katanya.

Pada masa sama, beliau berharap peluncuran Tun Razak Exchange (TRX) sebagai pusat kewangan antarabangsa, dapat menambahbaik prospek masa hadapan negara. - Getaran, 23 Februari 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 17 jam yang lalu

Isu Palestin, Hak Asasi Manusia Dan Kedaulatan Negara: Malaysia Tidak Akan Ambil Pendirian Berkecuali - PM

2

Semasa 19 jam yang lalu

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

3

Semasa 1 hari yang lalu

PM Terima Penghargaan Sultan Selangor, ‘LRT3 Shah Alam Bukan Projek Untuk Bermegah’ 

4

Semasa 3 hari yang lalu

Pasport Baharu Dilancar, Malaysia Kekalkan Kedudukan Pasport Ketiga Terkuat Dunia

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?