web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Eksport Halal Malaysia Cecah RM44.17 Bilion Sehingga Oktober 2023

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Dec 2023 1:24PM

- gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Nilai eksport bagi industri halal negara sehingga Oktober ini bernilai RM44.17 bilion, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Liew Chin Tong.

Beliau berkata pada tahun lepas, nilai eksport sektor halal Malaysia yang meliputi produk barangan makanan dan minum, bahan ramuan dan produk kosmetik melonjak 64 peratus kepada RM59.46 bilion berbanding pada 2021.

“MITI menerusi Halal Development Corporation Bhd (HDC) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) sentiasa mempromosikan produk tempatan ke luar negara termasuk produk halal dari masa ke semasa menerusi penyediaan platform dan kempen perniagaan melalui acara utama seperti Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS),” katanya pada sesi soal jawab di persidangan Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli mengenai usaha kerajaan untuk menaikkan nilai eksport industi halal negara yang berjumlah RM59.46 bilion pada 2022 berbanding peringkat global sekitar RM13.86 trilion.

Liew berkata MIHAS edisi ke-19 merekodkan jualan produk halal mencecah RM3 bilion iaitu 24 peratus lebih tinggi berbanding sasaran selain berjaya memadankan 469 syarikat tempatan dengan 231 pembeli antarabangsa dari 44 negara.

Menurut Liew, Majlis Pembangunan Industri Halal yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang telah berlangsung dua kali pada tahun ini menyasarkan pengurangan birokrasi terhadap proses mendapatkan pensijilan halal Malaysia.

Selain itu, langkah sinergi turut dimulakan dengan penglibatan daripada agensi utama MITI, HDC, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, MATRADE, SIRIM, Jabatan Standards Malaysia dan kerajaan tempatan, katanya.

“Ini juga bertujuan untuk memacu usaha pembangunan industri halal melalui Pelan Induk Industri Halal (HIMP) 2030 mengambil kira penyertaan aktif Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana termasuk bumiputera serta mempergiat pengkomersialan produk penyelidikan dan pembangunan serta inovasi halal,” kata Liew.

Beliau berkata teras strategik kedua HIMP yang membuka peluang pasaran baharu untuk produk halal di peringkat antarabangsa menggariskan tiga inisiatif yang mampu membantu meningkatkan pasaran global iaitu, mempertingkat kerjasama eksport dengan negara sasaran, mempromosi jenama halal Malaysia dan memperkukuh kerjasama strategik dengan syarikat multinasional. - BERNAMA

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?