web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sedania Mahu Kembangkan Perniagaan Ke-4 Negara

Ekonomi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2021 3:55PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perniagaan teknologi kesihatan, Sedania Innovator Bhd akan mengembangkan sayap ke empat negara dalam usaha untuk mempromosikan rangkaian perniagaan berasaskan penjagaan awal kanak-kanak.

Offspring Inc, yang dimiliki 51% oleh Sedania, akan memasarkan produknya ke Kemboja, Finland, Sepanyol dan Korea Selatan selepas mendapat kebenaran dari setiap negara tersebut sebagai sebahagian daripada “program pengedaran antarabangsa komprehensif yang telah kami mulakan”.

“Selain itu, sesetengah negara juga menggunakan platform e-dagang seperti Amazon, Lazada dan Shopee untuk mengembangkan pasaran,” kata Pengarah Urusan Sedania Datuk Azrin Mohd Noor dalam satu kenyataan hari ini.

Offspring adalah sebuah syarikat teknologi kesihatan yang memfokus kepada penyelesaian penjagaan awal kanak-kanak, menawarkan produk keperluan penjagaan bayi seperti tisu basah terbiodegradasi, lampin bayi mesra alam dan barangan keperluan rumah yang menggunakan bahan organik dan berdasarkan tumbuhan.

“Prospek kami untuk menjadi jenama barangan bayi organik premium di negara-negara tersebut adalah sangat cerah berdasarkan anggaran angka kelahiran.

“Lampin setiap bayi biasanya ditukar dari tiga hingga 10 kali sehari, dan jumlah produk lain yang digunakan juga lebih kurang sama. Kami gembira bila mereka menggunakan produk Offspring.

Pengembangan ini diharapkan dapat membantu Offspring memperoleh jejak antarabangsa yang lebih luas. Pada masa ini, ia mempunyai operasi di Amerika Syarikat, Singapura, Filipina, Brunei dan Rusia.

Sedania adalah sebuah syarikat yang disenaraikan di ACE Market dengan modal pasaran bernilai RM361.9 juta pada jam 2.11 petang hari ini. - Getaran, 25 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bayi 2 Tahun, Remaja Maut  Dipercayai Keracunan Makanan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bayi Cukup Sifat Ditinggalkan Di Tangga Pangsapuri

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Ibu Kelar Bayi Umur 6 Bulan, WhatsApp Gambar Mayat Kepada Suami

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Bayi Maut Dicampak: Polis Rakam Keterangan 2 Individu

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori