web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Azam Kurangkan Pelepasan, Sedia Untuk Pertumbuhan Ekonomi Rendah Karbon

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2023 1:28PM

Malaysia berazam untuk berada pada kedudukan yang baik bagi memainkan peranannya dalam mengurangkan pelepasan di samping memastikan ia bersedia untuk pertumbuhan ekonomi rendah karbon. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia berazam untuk berada pada kedudukan yang baik bagi memainkan peranannya dalam mengurangkan pelepasan di samping memastikan ia bersedia untuk pertumbuhan ekonomi rendah karbon, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Justeru, katanya Malaysia telah menyemak Sumbangan Ditentukan Negara (NDC) untuk mengurangkan keamatan (intensity) pelepasan gas rumah hijau (GHG) sebanyak 45 peratus menjelang 2030 berbanding tahap 2005 sebagai sebahagian daripada tanggungjawab negara terhadap sasaran iklim global secara keseluruhan.

“Usaha ke arah mencapai NDC kita telah dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia Ke-12 dan Dasar Tenaga Negara (DTN) 2022 – 2040. Dokumen dasar ini melakar secara strategik jalan ke hadapan dan menggariskan keutamaan bagi sektor tenaga pada tahun-tahun akan datang.

“Ia meletakkan sektor tenaga sebagai pemangkin utama pembangunan sosioekonomi dan Aspirasi Negara Rendah Karbon yang progresif akan memastikan ekonomi Malaysia dapat memanfaatkan peluang yang muncul daripada peralihan tenaga untuk kekal berdaya tahan dan mampan,” katanya dalam ucaptama  di acara Energy Asia 2023 di sini hari ini.

Anwar Ibrahim - Gambar fail
Anwar Ibrahim - Gambar fail

Anwar berkata untuk melaksanakan dasar ini dengan jayanya agar dapat meraih manfaat sepenuhnya daripada kemajuan sosioekonomi yang ketara untuk negara, kerajaan sedang membangunkan lagi beberapa pelan hala tuju strategik.

“Yang paling penting ialah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional yang akan menggariskan strategi menyeluruh dan inisiatif berimpak tinggi untuk mempercepatkan usaha peralihan tenaga.

“Pelan hala tuju ini akan dilengkapkan dengan Pelan Tindakan Hala Tuju Teknologi dan Ekonomi Hidrogen yang akan membuka jalan kepada pencapaian keterjaminan tenaga jangka panjang yang mampan alam sekitar di Malaysia, dipacu oleh inovasi teknologi,” katanya.

Perdana Menteri berkata kedua-dua pelan hala tuju ini disasar dilancarkan pada separuh kedua tahun ini.

Sementara itu, Malaysia terus melihat gas asli memainkan peranan penting dalam campuran tenaga dan antara hidrokarbon pembakaran paling bersih untuk beralih ke arah ekonomi karbon yang lebih rendah.

Pada masa yang sama, kerajaan yang menyedari kepentingan mengurus pelepasan metana sebagai gas rumah hijau yang sangat kuat, komited untuk menyertai ikrar metana global bagi mengurangkan pelepasan sebanyak 30 peratus menjelang 2030 berbanding tahap 2020.

“Industri matang sedia ada kita juga menawarkan beberapa kesamaan semula jadi kepada tenaga boleh diperbaharui dan ekonomi rendah karbon. Sebagai pengeluar tradisional gas asli dan gas asli cecair, hidrogen mewakili langkah semula jadi seterusnya dalam rantaian nilai dan menawarkan peluang yang berpotensi untuk pertumbuhan ekonomi selanjutnya,” tambahnya. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ