web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KLIA Antara 9 Lapangan Terbang Terbaik Dunia Pada Suku Pertama 2021

Ekonomi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2021 1:14PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menjadi lapangan terbang kesembilan terbaik di dunia dari segi kualiti perkhidmatan pada suku pertama 2021 bagi kategori lebih 40 juta penumpang setahun (mppa), menurut satu kaji selidik.

Dalam kaji selidik Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang (ASQ) global oleh Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa, KLIA merekodkan skor 4.99 daripada 5.00, meningkat daripada 4.98 pada 2020 dengan KLIA menjadi antara 10 lapangan terbang terbaik dunia berdasarkan hasil kaji selidik yang sama.

Menerusi kenyataan pada Rabu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata selain KLIA, usaha pihaknya dalam mempertingkatkan tahap perkhidmatan turut  berhasil apabila Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK) dinamakan sebagai lapangan terbang ketiga terbaik dunia bagi kategori dua hingga lima mppa, apabila mencatatkan skor 4.97 daripada 5.00 dalam kaji selidik ASQ pada tempoh yang sama.

Beliau berkata pihaknya terus memanfaatkan tempoh tenang susulan sekatan perjalanan antarabangsa dan domestik untuk melaksanakan pelbagai tindakan menambah baik pengalaman penumpang dan memastikan kesediaan lapangan terbang apabila trafik penumpang kembali meningkat kelak.

“Walaupun mengalami penguncupan ketara trafik penumpang namun kami tidak cepat berpuas hati dalam usaha memastikan perkhidmatan dan kemudahan kami berada pada tahap terbaik.

“Hasil memberangsangkan daripada usaha komuniti lapangan terbang di KLIA dan LGK dalam melaksanakan langkah keselamatan dan memberikan perkhidmatan luar biasa ketika norma perjalanan baharu pastinya akan membantu memulihkan keyakinan penumpang,” katanya.

Penandaarasan ASQ bagi lapangan terbang dunia adalah dari segi kepuasan penumpang keseluruhan terhadap keselamatan, kemudahan, perkhidmatan dan kebersihan terminal.

Bulan lepas, jumlah pergerakan penumpang keseluruhan di lapangan-lapangan terbang Malaysia adalah kira-kira dua juta bagi rangkaian lapangan terbang tempatan begitu juga aset di Turki, Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen, Istanbul (ISG).

Mohd Shukrie berkata sempadan negara masih ditutup dan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan berikutan kes COVID-19 harian meningkat kembali baru-baru ini.

Bagaimanapun, pergerakan penumpang keseluruhan bagi rangkaian lapangan terbang tempatan pada April mencatatkan 630,000, iaitu hampir kepada peningkatan sebanyak 8.0 peratus berbanding bulan sebelumnya.

Beliau berkata ini susulan peningkatan operasi oleh syarikat penerbangan bagi sektor domestik dengan pertambahan 161 penerbangan mingguan atau pertumbuhan 19 peratus daripada angka pada Mac 2021, di samping mengekalkan purata faktor muatan melebihi 57.0 peratus.

AirAsia merekodkan purata faktor muatan tertinggi iaitu 60 peratus pada April.

“Sejumlah 1.89 juta orang di Malaysia telah menerima vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat ini dengan majoritinya adalah petugas barisan hadapan dan warga emas.

“Pelaksanaan program vaksin yang dirancang tahun ini akan membantu pemulihan secara beransur-ansur,” katanya.

Bagi Turki, negara itu telah mengumumkan kelonggaran sekatan dengan membenarkan perjalanan antara negeri semasa bukan waktu berkurung.

Pada April, disebabkan penutupan sebahagian sempadan sebelum ini, ISG mencatatkan 1.4 juta penumpang iaitu penyusutan 20 peratus daripada bulan sebelumnya.

“Walaupun mencatatkan pengurangan, syarikat penerbangan tempatan seperti Pegasus dan AnadoluJet kekal optimis, dengan Pegasus menambah destinasi Shymkent, Kazakhstan, kepada rangkaian operasinya dengan penerbangan mingguan yang dijangka dilancarkan bulan ini,” menurut MAHB.

Setakat ini, mereka menawarkan perkhidmatan bagi 56 laluan domestik dan 79 laluan antarabangsa bagi 48 negara, jelasnya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Projek Aerotrain KLIA Dijangka Siap Hujung Januari 2025 – MAHB

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Perkhidmatan ‘Autogate’ Di Pintu Masuk Utama Ditambah Baik - Ruslin

3

Politik 2 tahun yang lalu

Dakwa Syarikat Pro Israel Beli Saham МАНВ Hanya Hasut Kebencian, Kata PM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kes Tembak Di KLIA: 'Sila Serah Diri Secara Aman' - Polis

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori