web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Vantage Berpangkalan Di AS Akan Labur US$3 Bilion Lagi Di Cyberjaya

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2023 7:01AM

Fahmi Fadzil - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CYBERJAYA - Penyedia pusat data hiperskala yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Vantage Data Centers (Vantage), akan melabur sebanyak US$3 bilion (US$1=RM4.50) bagi 10 tahun akan datang untuk pembangunan kampus pusat data kedua (KUL2) di sini.

Pelaburan itu secara rasmi disusuli pemeteraian perjanjian dengan Cyberview Sdn Bhd selaku pemaju hab teknologi di Cyberjaya dan disaksikan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil serta Duta AS di Malaysia, Brian D McFeeters.

Pemangku Pengarah Urusan Cyberview, Dr Mohd Hafiz Ibrahim berkata perjanjian dengan Vantage akan mengetengahkan Cyberjaya sebagai lokasi ideal bagi penyedia pusat data hiperskala.

“Pada masa ini, 90 peratus daripada penyedia ‘colocation’ di Malaysia adalah berpangkalan di Cyberjaya, memanfaatkan infrastruktur berkelas dunia dengan kesambungan gentian yang belum lagi digunakan oleh penyedia perkhidmatan,” katanya selepas majlis pemeteraian perjanjian itu di sini, pada Selasa.

‘Colocation’ adalah amalan menyewakan ruang untuk pelayan dan perkakasan pengkomputeran lain di kemudahan pusat data pembekal pihak ketiga.

Perjanjian itu ditandatangani oleh Ketua Pegawai Operasi Perniagaan Asia-Pasifik Vantage, Giles Proctor serta Naib Presiden Pemilihan Tapak dan Pembangunan Tapak Baharu Vantage, Paul Gilsenan manakala Cyberview diwakili Mohd Hafiz dan Ketua Pegawai Kewangan, Izatul Arini Mohd Ariff Albakri.

KUL2 akan terletak bersebelahan dengan kampus pusat data semasa Vantage (KUL1) dan terdiri daripada 10 pusat data dengan kapasiti Teknologi Maklumat (IT) 256 megawatt (MW) untuk memenuhi permintaan terhadap perkhidmatan pusat data hiperskala.

Pada majlis itu, Cyberview juga menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Leave a Nest Malaysia (LVNS), anak syarikat firma teroka sains yang berpangkalan di Jepun, Leave a Nest Co Ltd, sebagai sebahagian usaha berterusan untuk menambah baik ekosistem teknologi dan inovasi di Cyberjaya.

Mohd Hafiz berkata kerjasama Cyberview dengan Leave a Nest Malaysia akan memperkukuh budaya pemupukan inovasi di Cyberjaya.

“Perkongsian ini bukan sahaja memberi manfaat kepada komuniti permula niaga malah juga akan menyumbang kepada pertumbuhan dan pembangunan keseluruhan ekosistem teknologi dan inovasi,” katanya.

Menerusi sokongan Cyberview dan 18 peserta tempatan, LVNS menyasar untuk menjana RM100 juta dari segi impak ekonomi melalui program pembangunannya yang termasuk beberapa inisiatif utama di Cyberjaya seperti Centre of Garage Malaysia, inisiatif pembangunan teknologi berasaskan pengetahuan yang bertujuan menyokong syarikat pemula niaga di Malaysia dan juga rantau ini.

Sementara itu, Fahmi berkata komitmen Vantage dan LVSN memberikan petanda terbaik bahawa pelabur asing tetap memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan.

“Kita sedar pusat pemprosesan data merupakan pelaburan jangka panjang dan ia membuktikan bahawa beberapa ikhtiar dan keputusan kerajaan adalah tepat, serta membuktikan akan menjadi petanda bahawa pertumbuhan ekonomi negara dipacu dengan lebih positif,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis itu.

Mengenai ekonomi digital yang dijangka menyumbang 25.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia menjelang 2025, beliau turut optimis angka itu dapat dicapai lebih awal dengan kemasukan pelbagai pelabur asing.

“Saya difahamkan dalam beberapa bulan lagi kita akan mendengar lebih banyak berita tentang pelaburan masuk ke dalam negara, meliputi pusat data dan ekonomi digital,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan