web statsweb stats

Berita Terkini

10 minit yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 minit yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Keperluan Untuk Terus Bergantung Kepada Dolar AS Dalam Pelaburan Negara - PM

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2023 2:54PM

Anwar berkata tiada keperluan untuk terus bergantung kepada Dolar AS dalam pelaburan negara. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tidak ada sebab bagi negara seperti Malaysia untuk terus bergantung kepada dolar Amerika Syarikat (AS) dalam menarik pelaburan ke dalam negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata rundingan pelaburan antara Malaysia dengan negara-negara lain sepatutnya menggunakan mata wang negara ini dan mata wang negara terbabit.

Bank Negara Malaysia (BNM) juga telah membuat cadangan untuk mempelopori kaedah tersebut dalam aspek perdagangan semasa lawatan ke China iaitu menggunakan ringgit dan renminbi, katanya.

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim

“Yang lebih besar daripada itu adalah tentang Tabung Kewangan Asia dan ini peringkat awal pernah saya cadang dahulu (semasa) sebagai Menteri Kewangan tetapi tidak mendapat sambutan di Asia kerana (pada) masa itu kekuatan US dollar sangat kukuh.

“Tetapi sekarang dengan kekuatan ekonomi China, Jepun dan sebagainya, (bagi) saya cadangan ini harus dirundingkan, sekurang-kurangnya Tabung Kewangan Asia, dan boleh menggunakan ringgit dan mata wang negara tersebut,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada M. Kulasegaran (PH-Ipoh Barat) sama ada kerajaan akan turut serta dengan kebanyakan negara yang tidak lagi mahu menggunakan dolar AS dalam transaksi perdagangan dengan negara-negara lain. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan