web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jadikan Bidang Keusahawanan Sebagai Kerjaya Utama - Ahmad Maslan

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Mar 2023 9:48AM

Ahmad Maslan menandatangani plak perasmian sempena Pra-Pelancaran Hari Usahawan Negara 2023 malam ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Bidang keusahawanan perlu dijadikan kerjaya utama rakyat di negara ini dalam meningkatkan pendapatan mereka, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau berkata menerusi bidang berkenaan rakyat mudah memperoleh pendapatan tinggi dan dapat membantu membangunkan serta memajukan negara. 

"Negara lain maju kerana rakyatnya ramai jadi usahawan. Semakin ramai usahawan di sesebuah negara lagi cepat negara itu maju," katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Prapelancaran Hari Usahawan Negara (HUN) 2023 di sini, malam tadi. 

Ahmad berkata apa yang berlaku sekarang ada pemegang ijazah tetapi mendapat gaji taraf Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Kita nak rakyat Malaysia pilih usahawan sebagai kerjaya utama," katanya.

Dalam pada itu, Ahmad berkata Dewan Perniagaan Usahawan Kecil Malaysia (DPUKM) dalam usaha untuk mewartakan Hari Usahawan Negara (HUN) sebagai acara rasmi di negara ini. 

Beliau berkata cadangan itu akan dibawa kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapat pertimbangan dan persetujuan kerajaan bagi mewartakan ketetapan tarikh sambutan HUN.

“Usaha DPUKM kini untuk HUN diiktiraf sebagai satu acara rasmi negara seperti  Hari Sukan Negara, Hari Belia, Hari Guru, Hari Pekerja dan sambutan rasmi hari-hari lain,” katanya. 

HUN 2023 akan diadakan pada 28 hingga 30 Julai ini di Dataran Putrajaya.

Semasa lawatan ini juga, menurut Wan Zaidi, Perdana Menteri dijadual mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Hissein Brahim Taha dan Setiausaha Agung Liga Dunia Islam (MWL) Sheikh Dr Mohammad bin Abdulkarim Al-Issa.

Beliau berkata Perdana Menteri juga dijadual mengadakan lawatan ke Bank Pembangunan Islam di sini dan menyampaikan ucaptama semasa lawatan tersebut.

“Pertemuan-pertemuan ini akan menjadi satu platform bagi Perdana Menteri dan pemimpin-pemimpin berkenaan membincangkan pelbagai isu-isu berkepentingan yang melibatkan Malaysia.

“Pertemuan ini merupakan satu wahana bagi Perdana Menteri untuk menerokai peluang ekonomi yang boleh diceburi oleh ahli perniagaan Malaysia di Arab Saudi serta bagi mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan utama di rantau Asia Tenggara,” katanya.

Beliau berkata beberapa memorandum persefahaman dijangka ditandatangani melibatkan kerjasama antara agensi kerajaan kedua-dua negara dan pihak swasta, selain Anwar akan turut mengambil peluang beramah mesra dengan rakyat Malaysia di Jeddah. 

“Sukacita saya ingin memaklumkan bahawa lawatan ini mencerminkan hubungan dua hala yang erat antara Malaysia dan Arab Saudi, yang dibina berasaskan kepercayaan dan perkongsian bersama. 

“Hubungan simbiotik ini telah memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara daripada kerjasama yang dilaksanakan dalam pelbagai sektor,” katanya.

Wan Zaidi berkata pada 2022, Arab Saudi merupakan rakan dagang terbesar, destinasi eksport ketiga terbesar dan sumber import terbesar di rantau Asia Barat dengan jumlah dagangan dua hala berjumlah RM45.52 bilion (USD10.26 bilion) iaitu peningkatan sebanyak 159.2 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Katanya, jumlah eksport ke Arab Saudi meningkat sebanyak 43.8 peratus untuk tempoh sama berjumlah RM7.28 bilion (USD1.66 bilion), manakala jumlah import daripada Arab Saudi mencatatkan peningkatan sebanyak 205.8 peratus berjumlah RM38.24 bilion (USD8.60 bilion). - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ