Berita Terkini

5 jam yang lalu: Anwar puji sikap Hun Sen yang hormati kaum Muslim 6 jam yang lalu: Anwar bakal umum pelaburan penting baharu semasa lawatan ke China 6 jam yang lalu: Bazar Ramadan Rahmah di 38 lokasi seluruh negara 6 jam yang lalu: Karate sasaran lubuk emas negara di Sukan SEA - CDM 6 jam yang lalu: Malaysia-Turkiye boleh terokai kerjasama baharu industri aeroangkasa - Ahmad Zahid

IKUTI KAMI


Tempoh Perkhidmatan CEO DNB Berakhir Tanpa Sambungan Kontrak

Ekonomi Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2023 8:41PM

Kontrak Marshall berakhir pada 11 Mac. - Gambar daripada redbeatventures.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tempoh perkhidmatan Augustus Ralph Marshall sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Digital Nasional Bhd (DNB) berakhir awal minggu ini.

Difahamkan kontrak Marshall berakhir pada 11 Mac dan tidak dilanjutkan sebelum tempoh itu.

Malah, difahamkan peranan CEO dalam syarikat bertujuan khas yang dimiliki sepenuhnya Kementerian Kewangan bagi mengendalikan pembangunan infrastruktur 5G di Malaysia ketika ini, dibahagikan antara dua pegawai buat sementara waktu.

The Vibes difahamkan beberapa calon sudah disenaraipendek untuk mengisi jawatan tersebut.

Cabaran CEO baharu itu adalah untuk merealisasikan hasrat kerajaan dalam mencapai sasaran 80 liputan perkhidmatan 5G untuk kawasan berpenduduk menjelang akhir tahun ini, berbanding sasaran awal pada akhir 2024.

Marshall yang mengetuai ‘rollout’ 5G bagi Maxis dan Astro Networks, dilantik sebagai CEO DNB pada Mac 2021.

Penamatan perkhidmatan Marshall dari DNB berlaku ketika tempoh kritikal untuk pelancaran rangkaian 5G kerana Malaysia pada mulanya ketinggalan di belakang negara jiran, dengan pengguna mudah alih membayar antara kadar tertinggi untuk rangkaian 4G di rantau Asean.

Pada Disember 2019, kerajaan memutuskan menggunakan model rangkaian borong tunggal (SWN) bagi 5G selepas mengambil kira pelancaran 4G negara, memerlukan masa hampir tujuh tahun untuk mencapai liputan 80 peratus kawasan berpenduduk (COPA).

Dalam dua tahun pertama, liputan 4G bagi kawasan berpenduduk di negara ini hanya mencapai 28 peratus.

Bagaimanapun, dalam tempoh kurang dua tahun, DNB mencapai liputan bagi kawasan berpenduduk lebih 50 peratus.

Pada Isnin lalu, Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching memberitahu Dewan Rakyat bahawa buat masa ini, tahap pelaksanaan perkhidmatan 5G adalah 54.7 peratus dan kementerian itu yakin dapat mencapai sasaran 80 peratus liputan untuk kawasan berpenduduk, seperti Cameron Highlands (Pahang) dan Sibu (Sarawak) pada akhir tahun ini.

Awal hari ini, tawaran DNB bagi sambungan internet ultra laju (5G) kepada syarikat telekomunikasi (telco) pada harga hanya 13 sen setiap gigabit (GB) adalah antara kadar terendah untuk perkhidmatan tersebut di seluruh dunia.

Sumber dalam industri yang enggan namanya didedahkan berkata, harga borong campuran DNB kepada syarikat telekomunikasi itu antara 12 sen dan 13 sen setiap GB, seperti diumumkan Nie Ching pada Isnin lalu adalah ‘termurah di dunia’.

“Rangkaian borong dwi dijangka menghasilkan kapasiti 5G pada kos 50 peratus lebih tinggi berbanding rangkaian borong tunggal,” katanya mengenai model kendalian kerajaan untuk pelancaran 5G.

Malah, kos borong 5G yang rendah kepada syarikat telekomunikasi akan diterjemahkan kepada harga lebih murah untuk pengguna dan perusahaan.

Justeru, pakej data tanpa had 5G di Malaysia adalah antara yang terendah harganya di dunia.

Jelas Nie Ching, kadar 13 sen yang ditawarkan DNB dilakukan melalui tawaran akses rujukan yang lebih rendah, berbanding kos semasa perkhidmatan 5G pada RM1.68 setiap GB.

Katanya, langkah memperluaskan liputan rangkaian 5G sebagaimana diumumkan kerajaan dalam Belanjawan 2023, mampu menurunkan lagi harga internet yang ditawarkan kepada pengguna ketika ini.

Tahun lepas, kerajaan menawarkan sehingga 70 peratus ekuiti dalam DNB kepada syarikat telekomunikasi.

Pada Oktober 2022, Celcom, Digi, TM dan YTL melaksanakan perjanjian langganan saham untuk mengambil 65 peratus ekuiti dalam DNB, dengan kerajaan memegang 35 peratus dan saham khas (golden share).

Malah dalam tempoh sama, lima syarikat telekomunikasi melaksanakan perjanjian akses dengan DNB untuk membeli kapasiti borong 5G selama 10 tahun.

Pembangunan perjanjian langganan hadir selepas perbincangan meluas antara pengendali rangkaian operasi mudah alih (MNO) dan DNB, dengan beberapa syarikat telekomunikasi bertegas untuk memiliki pembekal 5G alternatif di bawah sistem rangkaian dwi-borong. - The Vibes, 16 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Harga 5G Malaysia 13 Sen Setiap GB ‘Termurah’ Di Dunia

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Syarikat Telekomunikasi ‘CDMU’ Buat Bidaan Baharu Rangkaian 5G

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Suruhanjaya Keselamatan Siber Malaysia Bakal Diwujudkan

4

Semasa 2 bulan yang lalu

KKD Jangka Umum Pelaksanaan 5G Yang Ditambah Baik Hujung Mac Ini

Sorotan

1

Benar Kata PM, KWSP Hanya Patut Dikeluarkan Selepas Bersara – MTUC

2

Sudah Tiba Masa Perkasa Pengurusan Air

3

Dakwa Difitnah, Guan Eng Saman Muhyiddin