web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Malaysia Dijangka Saksi Peningkatan Lebih Besar Dalam Transformasi Digital Dengan Pelaburan Baharu Amazon - PM

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2023 12:49PM

Rafizi Ramli (tengah) dan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz (lima dari kanan) pada majlis AWS Malaysia Cloud Day di sini hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia dijangka menyaksikan peningkatan yang lebih besar  dalam transformasi digital dan kepercayaan digital di kalangan masyarakat, dipacu oleh pelaburan baharu daripada Amazon Web Services (AWS) bernilai RM25.5 bilion dalam tempoh 15 tahun untuk infrastruktur serantau baharunya di Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelaburan teknologi antarabangsa terbesar setakat ini di dalam negara seterusnya akan membawa kepada inovasi dan pelaburan yang lebih signifikan di Malaysia, sekali gus mendorong negara untuk benar-benar menjadi pusat data dan hab digital Asia Tenggara untuk rantau ini.

Anwar ketika menyampaikan ucapan menerusi rakaman video di majlis AWS Malaysia Cloud Day di sini hari ini.
Anwar ketika menyampaikan ucapan menerusi rakaman video di majlis AWS Malaysia Cloud Day di sini hari ini.

"Dengan membawa akses kepada infrastruktur AWS yang bertaraf dunia, teknologi canggih dan program kemahiran digital termaju ke Malaysia akan membuka peluang untuk perniagaan tempatan membina dan berkembang ke peringkat global, memupuk tenaga kerja yang digerakkan secara digital, merangsang penciptaan pekerjaan dan menyediakan pertumbuhan ekonomi jangka panjang.

"Pengumuman hari ini adalah undi keyakinan dan sokongan terhadap kepimpinan Malaysia dalam ekonomi digital global, dan kita berharap dapat memperdalam kerjasama kita dengan AWS untuk memajukan cita-cita ekonomi digital negara kita," katanya ketika menyampaikan ucapan menerusi rakaman video di majlis AWS Malaysia Cloud Day di sini hari ini.

Sebahagian tetamu yang hadir pada majlis AWS Malaysia Cloud Day, di sini, hari ini.
Sebahagian tetamu yang hadir pada majlis AWS Malaysia Cloud Day, di sini, hari ini.

Anwar berkata pelaburan itu juga akan memajukan wawasan Malaysia MADANI iaitu ekonomi berkemahiran tinggi, inovatif, inklusif dan mampan yang mana kekayaan dikongsi dengan lebih saksama.

"Hari ini, kita telah melihat sejumlah besar syarikat Malaysia - daripada syarikat pemula sehingga kepada perusahaan - mengubah perkhidmatan dan proses masing-masing dan menghasilkan inovasi yang lebih besar, pemprosesan data yang lebih selamat dan kos operasi yang lebih rendah dengan penyedia perkhidmatan Awan (Cloud)  seperti AWS.

"Petronas adalah contoh terbaik bagaimana sebuah organisasi terkemuka Malaysia mempercepatkan perjalanan transformasi digitalnya dengan memanfaatkan kuasa awan untuk memodenkan ITnya, memacu operasi yang lebih pintar dan keputusan yang lebih pantas melalui pemahaman daripada analisis data, dan membina aplikasi digital baharu seperti Petronas SETEL untuk meningkatkan pengalaman pelanggan," katanya.

Perdana Menteri berkata begitu juga dengan Silverlake Axis, sebuah syarikat kewangan dan teknologi kewangan (fintech) yang diasaskan di Malaysia, yang telah menggunakan AWS untuk mendigitalkan dan memodenkan 25 aplikasi yang membolehkan mereka menawarkan perkhidmatan yang lebih inovatif kepada pelanggan mereka.

Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz (kiri) dan Rafizi Ramli turut hadir.
Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz (kiri) dan Rafizi Ramli turut hadir.

Selain itu, beliau berkata Pos Malaysia Bhd, dengan berhijrah menggunakan awan (Cloud), telah dapat mengemudi transformasi perniagaannya untuk mempelbagaikan melangkaui peruntukan tradisional penghantaran mel dan bungkusan untuk kini menawarkan runcit, logistik serta produk dan perkhidmatan inovatif lain.

Bagi syarikat-syarikat ini, Anwar berkata Rantau AWS di Malaysia akan mempercepatkan lagi transformasi dan penciptaan perkhidmatan digital yang inovatif, menggunakan infrastruktur yang selamat, berprestasi tinggi, berdaya tahan dan dipercayai.

"AWS juga telah memeterai Perjanjian Rangka Kerja Awan (CFA) dengan kerajaan Malaysia, memberikan galakan kepada penggunaan awan dalam sektor awam dan membantu agensi menjimatkan kos, meningkatkan kemahiran digital dan memacu inovasi," katanya.

Sumbangan ekonomi digital kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) mencapai 23.2 peratus pada 2021.

"Matlamat kita ialah untuk meningkatkan sumbangan ekonomi digital kepada 25.5 peratus daripada KDNK Malaysia boleh dicapai dengan baik menjelang 2025. Ini mungkin melalui pelaburan sektor awam dan swasta dalam infrastruktur digital, modal insan, kapasiti perniagaan dan penyampaian perkhidmatan awam yang lebih baik," katanya.

Antara yang turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz.- Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan