Berita Terkini

12 jam yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 5 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


OPR: Langkah Taktikal BNM Untuk Menyokong Momentum Ekonomi, Kata Penganalisis

Ekonomi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jan 2023 8:00AM

Bank negara telah bertindak mengekalkan kadar OPR pada 2.75 peratus dalam mesyuarat hari ini bagi membolehkannya menilai kesan pelarasan OPR sebelum ini secara kumulatif - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 2.75 peratus dilihat sebagai langkah taktikal ketika ekonomi terus berada dalam kedudukan yang kukuh, kata seorang penganalisis.

Ketua Ahli Ekonomi Juwai IQI Shan Saeed berkata bank pusat tersebut juga telah memainkan peranannya secara strategik bagi tempoh 2019 hingga 2022 serta terbukti dapat menangani cabaran tekanan harga.

“Kestabilan dasar monetari itu sememangnya menjadi keutamaan BNM dalam memenuhi mandat unjurannya ketika semua bank-bank global bertindak menaikkan kadar faedah masing-masing bagi membendung lonjakan harga dalam ekonomi global,” katanya kepada Bernama.

Shan juga menyifatkan keadaan inflasi semakin memuncak di rantau Asean dan akan hanya susut dalam suku ketiga 2023 manakala tuas dasar monetari itu pula memerlukan tempoh selama 12-15 bulan untuk memberi kesan di peringkat makro bagi menurunkan harga komoditi-komoditi utama.

“Bagi saya, sebahagian besar bank pusat global ini akan bertindak mengurangkan kadar itu selepas suku ketiga dan keempat tahun ini bagi menyokong trajektori pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK).

“BNM akan terus menyokong ekonomi di peringkat makro lagi,” katanya.

Selain itu, katanya, ringgit juga telah terbukti memaparkan kestabilannya dari segi struktur dan meningkat sebanyak 10.64 peratus sejak Oktober 2022.

Malah, ringgit dijangka meneruskan aliran kenaikannya pada 2023 dan mencecah sekitar paras 4.10 hingga 4.37 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dengan prospek kestabilannya terus ketara.

“Peningkatan ringgit juga adalah antara cara untuk meredakan tekanan inflasi dalam ekonomi dan kami (Juwai IQ) kekal yakin dengan (prospek) ekonomi Malaysia, termasuk KDNK dalam lingkungan 4.5-5.5 peratus dalam tahun fiskal semasa,” katanya.

Bank pusat itu telah bertindak mengekalkan kadar OPR pada 2.75 peratus dalam mesyuarat hari ini bagi membolehkannya menilai kesan pelarasan OPR sebelum ini secara kumulatif berikutan kesan dasar monetari berkenaan terhadap ekonomi.

Menurutnys, selepas mencatat prestasi kukuh pada 2022, pertumbuhan bagi tahun ini dijangka lebih menyederhana di tengah-tengah ekonomi global yang perlahan dan perbelanjaan isi rumah pula akan berteraskan peningkatan pekerjaan serta prospek pendapatan yang mampan.

Sementara itu, Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata keputusan yang dibuat BNM itu adalah mengejutkan memandangkan konsensus menjangkakan satu kenaikan.

“Saya menyifatkannya sebagai satu kejutan yang menyenangkan kerana bank pusat sedang mendorong pendirian propertumbuhan kerajaan.

“Berita baiknya adalah inflasi global kini sedang mengalami penyusutan memandangkan rantaian bekalan global dibuka, dan ini diharapkan boleh ditunjukkan menerusi penurunan harga penghantaran, yang akan memberi manfaat kepada pengeksport Asean,” katanya.

Beliau juga yakin BNM memperoleh lebih banyak ruang gerak dasar selepas Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) memperlahankan kenaikan kadar kepada yang lebih rendah manakala ringgit yang lebih kukuh juga meredakan kebimbangan mengenai inflasi yang diimport.

“Pasaran dan ahli politik sama-sama seharusnya gembira dengan keputusan yang menyokong kadar faedah rendah ini,” katanya.

Begitu juga, Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Firdaos Rosli berkata walaupun pendirian BNM itu mengejutkan, namun bank pusat juga mungkin mahu memastikan dasar monetari terus kekal akomodatif sekurang-kurangnya sehingga suku pertama atau mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari seterusnya pada Mac.

“Saya berpandangan penekanan BNM adalah lebih kepada pertumbuhan domestik berbanding dengan pertumbuhan luaran. OPR telah berada paras terendah sepanjang sejarah Malaysia, yang terbukti terutamanya semasa krisis seperti Krisis Kewangan Asia, Krisis Kewangan Global dan Krisis COVID-19. Kadar itu adalah akomodatif pada masa ini dan kemungkinan sukar untuk menormalkannya kepada kadar sebelum pandemik,” katanya.

Sementara itu, penyelidikan oleh MIDF menjelaskan BNM mengambil pendekatan tunggu dan lihat untuk menilai prestasi pasaran selepas peningkatan lebih 100 mata asas (bps) yang diputuskan pada tahun lepas.

“Bagaimanapun, kami yakin kemungkinan untuk menormalkan lagi dasar monetari itu masih kekal memandangkan data ekonomi domestik masih menunjukkan momentum yang memberangsangkan,” jelasnya dalam nota penyelidikan hari ini.

Cabang penyelidikan MIDF itu turut mengunjurkan kenaikan kadar sebanyak 25 bps kepada 3.00 peratus pada Mac 2023 dan untuk menormalkan Keperluan Rizab Berkanun BNM daripada 2.00 peratus kepada 3.00 peratus tahun ini.

“Dari perspektif jangka masa sederhana, normalisasi kadar dasar diperlukan untuk mengelakkan risiko yang boleh menjejaskan kestabilan prospek ekonomi masa depan seperti inflasi tinggi yang berterusan serta peningkatan keberhutangan isi rumah,” menurutnya.

Penyelidikan oleh OCBC Treasury pula mengulas bahawa keputusan bank pusat untuk menghentikan sementara kenaikan kdar faedah sebagai menarik kerana walaupun BNM telah menekankan pertumbuhan sebelum ini, ia turut mengambil berat mengenai risiko inflasi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 4 hari yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Luar Negara 2 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

4

Sukan 3 minggu yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

Sorotan

1

Piala Asia B-23: Kesilapan Hukum Harimau Muda Berdepan Uzbekistan

2

Akta Kerja 1955 Benarkan Pekerja Mohon Aturan Kerja Anjal - Menteri

3

Tiada Keperluan Pemindahan Pulang Rakyat Malaysia, Keadaan Stabil Di Timur Tengah

4

Mangsa Banjir Di 3 Negeri Meningkat Sedikit Kepada 748 Orang Malam Tadi - NADMA

5

Aktiviti Gunung Berapi Cetus Pemindahan Ratusan Orang Di Sulawesi Utara Indonesia

6

Pinjaman RM1.8 Bilion Dipindahkan Ke Luar Negara Tanpa Usaha Wajar – Saksi

7

Kerajaan Tetap Kurangkan Subsidi Minyak Tahun Ini – Rafizi

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 1 hari yang lalu

Tiada Halangan MMC Jual Saham MMC Port, Namun Perlu Patuhi Dasar - Menteri

Ekonomi 1 hari yang lalu

Rasionalisasi Subsidi Mampu Tangani Isu Ketirisan, Seludup Diesel - Pakar Ekonomi

Usahawan 1 hari yang lalu

Kraftangan Rotan Bantu Suri Rumah Jana Pendapatan

Bekas graduan Institut Kraf Negara ini sedia berkongsi ilmu, kemahiran bagi memastikan seni anyaman rotan tidak pupus ditelan zaman