web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sentimen Positif Naikkan Ringgit Pada Hari Pertama Dagangan 2023

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jan 2023 10:49AM

Pada 9 pagi, unit tempatan diniagakan pada 4.3965/4050 berbanding dolar AS daripada 4.3995/4095 pada Jumaat lepas. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada hari pertama dagangan 2023, berikutan pembukaan semula China dan jangkaan kenaikan kadar faedah yang kurang agresif di Amerika Syarikat (AS) meningkatkan sokongan belian, kata peniaga.

Pada 9 pagi, unit tempatan diniagakan pada 4.3965/4050 berbanding dolar AS daripada 4.3995/4095 pada Jumaat lepas.

Ringgit ditutup pada 2 Jan 2023 untuk menggantikan cuti Tahun Baharu yang jatuh pada Ahad.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata unit tempatan meningkat pagi ini berikutan aliran belian disebabkan pembukaan semula China yang terus membantu pertukaran asing (FX) Asia.

“Walaupun ekonomi China boleh terus lemah dalam jangka pendek, pasaran dijangka melihat kemerosotan ini dengan menjangka lebih banyak dasar rangsangan.

“Ringgit dijangka menyaksikan minggu yang baik berikutan prospek lebih banyak sokongan untuk ekonomi China,” katanya kepada Bernama, sambil menambah ringgit dijangka diniagakan antara 4.38 dan 4.41 sepanjang minggu ini.

Sementara itu, Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Firdaos Rosli berkata berdasarkan Rizab Persekutuan (Fed) AS komited untuk meredakan pasaran buruh, senarai gaji bukan ladang (NFP) untuk Disember boleh menjadi pemangkin utama untuk hala tuju seterusnya.

“Jika bacaan kekal kukuh, ia akan mendorong bank pusat untuk mengambil tindakan memecahkan situasi pekerjaan yang terhad, memanjangkan pasaran menurun,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata langkah mengeluarkan minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan yang terkini akan menarik perhatian berikutan pelabur mencari petunjuk mengenai pergerakan tekanan harga, selain kebimbangan mengenai kemelesetan berikutan kenaikan kadar yang agresif di seluruh dunia.

“Walaupun kenyataan daripada Tabung Kewangan Antarabangsa bahawa satu pertiga daripada ekonomi dunia akan menghadapi kemelesetan pada tahun ini, Fed dijangka akan mengubah cara seawal suku kedua 2023.

“Oleh itu, kami menjangka ringgit akan diniagakan antara RM4.39 dan RM4.41 pada minggu ini,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik