web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


AirAsia Kembalikan Penerbangan Hong Kong - Kota Kinabalu

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jan 2023 8:07PM

AirAsia kini menghubungkan Kota Kinabalu ke lima bandar antarabangsa utama, iaitu Singapura, Manila, Bangkok, Taipei dan Hong Kong. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Seramai 138 penumpang penerbangan AirAsia Hong Kong-Kota Kinabalu yang diaktifkan semula operasinya baru-baru ini, diraikan selepas mereka mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu hari ini.

Laluan HKG-BKI itu beroperasi dua kali seminggu, iaitu setiap Rabu dan Ahad dengan setiap penerbangan menyediakan kapasiti penumpang seramai 186 orang dan 372 tempat duduk.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sabah, Noredah Othman berkata, pihaknya gembira kerana AirAsia menawarkan semula perkhidmatan untuk laluan Hong Kong-Kota Kinabalu, menyaksikan pertambahan satu lagi hubungan antarabangsa ke Sabah.

“Hong Kong adalah satu daripada pasaran sasaran utama kami dan (penerbangan) ini merupakan permulaan baik untuk 2023 bagi industri pelancongan kami.

“Sabah dikurniakan pulau dan pantai cantik, menjadikan kami destinasi pilihan pengembara Hong Kong,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

AirAsia kini menghubungkan Kota Kinabalu ke lima bandar antarabangsa utama, iaitu Singapura, Manila, Bangkok, Taipei dan Hong Kong.

Dengan penyambungan semula laluan Hong Kong-Kota Kinabalu itu, Sabah kini menerima 64 penerbangan terus antarabangsa setiap minggu.

“Penerbangan terus lain adalah dari Korea Selatan membabitkan 29 penerbangan, Singapura (14), Filipina (6), Brunei (5), Taiwan (4) dan masing-masing dua bagi Jepun serta Thailand.

Sabah akan terus menambah baik akses ke negeri berkenaan dengan meningkatkan bilangan penerbangan antarabangsa dari bandar asing utama. – The Vibes, 2 Januari 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ