Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Rangkaian 5G Malaysia Capai Lebih 40 Peratus Liputan Menjelang Akhir Tahun Ini

Ekonomi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Dec 2022 2:15PM

Trafik pada rangkaian 5G Malaysia sudah meningkat dengan 56,000 pengguna serentak menggunakan kapasiti 146 terabait (TB) pada 30 November 2022, bersamaan dengan 77,500 jam filem definisi tinggi. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Digital Nasional Bhd (DNB) mengumumkan rangkaian 5G lebih awal daripada jadual dan akan membabitkan lebih 40 peratus liputan kawasan berpenduduk (COPA) di seluruh negara menjelang Disember, dan berada dalam sasaran untuk mencapai komitmen 80 peratus menjelang 2024 atau lebih awal.

Rangkaian itu akan mencapai 14 juta orang di kawasan di mana ia dibangunkan dan melebihi 30 juta orang dalam dua tahun akan datang.

Sebanyak 40 peratus daripada COPA akan dicapai dengan kira-kira 3,500 tapak berbanding 4,018 tapak yang dirancang pada mulanya. Pengurangan bilangan tapak itu adalah hasil daripada isu rantaian bekalan awal tahun ini dan kelewatan dalam mendapatkan kelulusan majlis tempatan yang diperlukan, terutama di Selangor serta Sarawak.

Sebahagian besar isu ini sudah diselesaikan dan rangkaian akan digunakan secara progresif pada 2023 seperti dirancang. Bagi mengatasi kelewatan dialami dan mencapai 40 peratus COPA, DNB mengubah hala usaha penempatan rangkaiannya ke negeri yang pada mulanya disasarkan untuk 2023 dan seterusnya.

Rangkaian itu ketika ini meliputi hampir seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan bahagian tertentu di Penang, Johor serta Negeri Sembilan, selain Melaka, Perak, Kelantan, Sabah dan Sarawak.

David Hagerbro - Gambar dari Twitter
David Hagerbro - Gambar dari Twitter

Ketua Ericsson Malaysia, Sri Lanka dan Bangladesh, David Hagerbro berkata, pelancaran rangkaian 5G oleh DNB adalah antara terpantas di dunia, selepas ia memulakannya hanya pada Oktober 2021.

Manakala, Ketua Pegawai Operasi DNB, Nasution Mohamed memaklumkan, berdasarkan permintaan untuk perkhidmatan 5G serta sokongan diterima dari beberapa negeri dan daripada pihak berkuasa tempatan untuk mempercepatkan penggunaan rangkaian, pihaknya yakin dapat mencapai 80 peratus COPA dalam tempoh 18 bulan akan datang.

Sehingga kini, lima daripada enam pengendali rangkaian mudah alih (MNO) di Malaysia yang secara kolektif mempunyai lebih 20 juta pelanggan, iaitu Celcom Axiata Bhd, Digi Telecommunications Sdn Bhd, Telekom Malaysia Bhd, U Mobile Sdn Bhd dan YTL Communications Sdn Bhd (YES) sudah mula menawarkan perkhidmatan runcit 5G kepada pengguna akhir mereka, berikutan pemeteraian perjanjian akses masing-masing dengan DNB pada 31 Oktober lalu.

Bagaimanapun, pelanggan Maxis Bhd tidak akan dapat mengakses perkhidmatan 5G buat masa ini, sementara menunggu kelulusan daripada pemegang sahamnya untuk melaksanakan perjanjian akses yang dirancang Maxis untuk mendapatkannya pada Januari depan.

Peningkatan ketara dalam trafik data, penggunaan telefon pintar sepadan 5G

Trafik pada rangkaian 5G Malaysia sudah meningkat dengan 56,000 pengguna serentak menggunakan kapasiti 146 terabait (TB) pada 30 November 2022, bersamaan dengan 77,500 jam filem definisi tinggi.

Rangkaian ini mempunyai purata kelajuan muat turun 394 Mbps, berbanding purata kelajuan muat turun 4G sebanyak 35 Mbps. Sementara itu, peranti sepadan 5G terus berkembang pesat di pasaran dengan kira-kira tujuh juta peranti sudah berada di tangan pengguna akhir setakat ini. Diramalkan pertumbuhan akan berganda pada tahun 2023 dan melebihi 40 juta peranti menjelang 2030.

Pengguna akhir diberi dengan pilihan 12 jenama peranti dan lebih daripada 100 peranti sepadan 5G untuk semua bajet yang tersedia di pasaran Malaysia. Ini, ditambah dengan pelbagai tawaran pelan data 5G runcit daripada lima MNO Malaysia, yang bakal menyaksikan penggunaan 5G dipercepatkan dalam kalangan pengguna akhir bagi tempoh beberapa tahun akan datang.

Bagaimanapun, pengguna iPhone perlu menunggu sehingga Apple melaksanakan rancangan runcit mereka dengan MNO rakan kongsi mereka, sebelum perkhidmatan 5G ditawarkan kepada pelanggannya.

5G ialah pengubah situasi untuk perusahaan

Perkhidmatan digital yang didayakan 5G akan mewujudkan peluang baharu merentasi pelbagai industri Malaysia, termasuk tenaga, pembuatan, peruncitan, pembinaan, penjagaan kesihatan, logistik, pertanian dan lain-lain. - Gambar hiasan
Perkhidmatan digital yang didayakan 5G akan mewujudkan peluang baharu merentasi pelbagai industri Malaysia, termasuk tenaga, pembuatan, peruncitan, pembinaan, penjagaan kesihatan, logistik, pertanian dan lain-lain. - Gambar hiasan

Perusahaan akan menjadi penerima manfaat penting 5G. Ia adalah pemacu ekonomi utama yang akan memangkin pelbagai aplikasi pengguna, perindustrian dan perusahaan baharu, iaitu semuanya selaras dengan cita-cita jangka panjang kerajaan untuk negara.

Impak 5G terhadap produktiviti, kecekapan dan inovasi dijangka menjana kira-kira RM650 bilion dalam pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) terkumpul dan mewujudkan 750,000 pekerjaan bernilai tinggi antara sekarang dan 2030.

Sementara itu, perkhidmatan digital yang didayakan 5G akan mewujudkan peluang baharu merentasi pelbagai industri Malaysia, termasuk tenaga, pembuatan, peruncitan, pembinaan, penjagaan kesihatan, logistik, pertanian dan lain-lain.

DNB sudah terlibat dengan industri bersama MNO untuk melaksanakan penyelesaian rangkaian persendirian 5G sebagai cara bagi menyampaikan perkhidmatan dan kes penggunaan yang didayakan 5G ini. Contoh penglibatan termasuk Intel dan Petronas, entiti nasional serta multinasional.

Malah, menurut Laporan Pasukan Petugas 5G Kebangsaan, ekonomi Malaysia dijangka mengalami pertumbuhan eksponen menjelang tahun 2030 berikutan pelancaran 5G. Dianggarkan 5G akan menyumbang RM8.538 bilion kepada KDNK Malaysia pada tahun 2025, dengan senario pertumbuhan tahunan sebanyak lapan peratus. – The Vibes, 12 Disember 2022

Sorotan

1

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

2

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

3

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

4

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

5

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

6

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 5 jam yang lalu

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM