web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ringgit Susut Pada Penutup, Cecah 4.40 Berbanding Dolar US

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Dec 2022 8:35PM

Pada 6 petang, Ringgit merosot kepada 4.4010/4080 berbanding dolar US daripada 4.3960/4000 yang direkodkan semasa penutupan Khamis - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ringgit mengakhiri hari terakhir minggu dagangan dengan lebih rendah, sekali lagi mencecah paras 4.40 berbanding dolar US berikutan kebimbangan mengenai prospek ekonomi global dan China yang lemah, kata seorang penganalisis.

Pada 6 petang, mata wang tempatan itu merosot kepada 4.4010/4080 berbanding dolar US daripada 4.3960/4000 yang direkodkan semasa penutupan Khamis. 

Pada 1 Dis lepas, ringgit mengukuh kepada 4.4030/4100 berbanding dolar US daripada penutupan hari sebelumnya iaitu 4.4420/4500.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata kerancakan pertukaran asing Asia telah terjejas oleh peningkatan kes COVID-19 di China dan keraguan terhadap kekuatan pembukaan semula ekonomi yang menunjukkan tahap semasa aset berisiko Asia. 

"Prospek China kelihatan agak muram, memandangkan komuniti perubatan kelihatan tidak bersedia bagi pembukaan semula. Justeru, lonjakan kes COVID-19 boleh menjejaskan usaha pembukaan," katanya kepada Bernama.   

Menurut portal berita antarabangsa, kes harian COVID-19 di China menurun kepada 16,797 kes pada Jumaat selepas mencatatkan 39,791 kes di seluruh negara menjelang 26 Nov 2022.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama ketika ditutup hari ini. 

Mata wang tersebut lemah berbanding pound Britain kepada 5.3908/3994 daripada 5.3504/3552 yang dicatatkan semasa Khamis dan jatuh berbanding euro kepada 4.6466/6540 daripada 4.6127/6169. 

Ia juga susut berbanding dolar Singapura kepada 3.2545/2601 daripada 3.2381/2415 dan merekodkan kerugian berbanding yen Jepun kepada 3.2315/2369 daripada 3.2090/2121 sebelumnya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

3

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

4

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

5

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

6

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO