Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Permintaan Pasaran, Ruang Kilang Lebih Luas Sokong Operasi Micron Di Malaysia

Ekonomi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Dec 2022 12:44PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Permintaan pasaran yang kukuh akan terus menyokong operasi Micron Technology Inc di Malaysia selain pertambahan ruang kilang di Pulau Pinang seluas 1.5 juta kaki persegi.

Ketua Pegawai Eksekutif, Sanjay Mehrotra berkata pembuat memori komputer dan penstoran data komputer yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu telah melabur US$1 bilion dalam operasinya di sini sejak 2019 yang termasuk kilang seluas 600,000 kaki persegi untuk pemasangan dan pengujian.

“Kami akan melabur US$1 bilion lagi dalam tempoh beberapa tahun akan datang memandangkan kami membina kilang kedua yang akan menjadikan ruang kilang keseluruhan kami seluas 1.5 juta kaki persegi dan dijangka memulakan pengeluaran tahun depan,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata walaupun industri memori mengalami kitaran menurun semasa, Micron bersedia untuk menjadi lebih kukuh kerana ia mempunyai gabungan berkualiti dalam pasaran semikonduktor, disokong oleh teknologi paling canggih, produk yang tepat dan pasukan yang hebat.

Teknologi telah berkembang pesat yang pada masa sama mendorong kehidupan seharian amat bergantung kepada data, kecerdasan buatan (AI), Internet Pelbagai Benda (IoT), rumah pintar dan bandar pintar, katanya.

“Kami membuat produk yang digunakan dalam telefon pintar, kenderaan dan sebagainya. Data berfungsi dalam produk yang dibuat oleh Micron, oleh itu produk kami menjadi penting. Kami semakin besar kerana penstoran juga menjadi bahagian yang kian besar dalam industri semikonduktor.

“Peluang pertumbuhan kami sangat besar dan kami boleh mengharungi kitaran menurun semasa industri. Kami mahu merekodkan prestasi kukuh dan pertumbuhan berterusan sejajar dengan permintaan pasaran,” katanya.

Sanjay berkata operasi di Pulau Pinang, yang menyediakan lebih 4,000 peluang pekerjaan, telah menjadi bahagian yang sangat penting dalam rangkaian pembuatan global Micron, terutama dari segi peluang besar yang diwakili oleh industri memori dan penstoran dalam ekonomi global.

Beliau berkata justeru, pembangunan tenaga kerja juga terus menjadi antara keutamaan teratas Micron dengan pihaknya telah melaksanakan pelbagai program untuk membangun, menarik dan mengekalkan bakat.

Micron juga menekankan kerjasama dengan universiti tempatan untuk mencetuskan minat dalam sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik dalam kalangan belia, terutama terhadap jenis kejuruteraan yang diperlukan oleh industri semikonduktor, selain menyediakan latihan industri dan geran penyelidikan, katanya.

“Melalui latihan industri, kami berharap dapat melatih tenaga kerja masa depan yang diperlukan oleh industri. Kami juga memberi geran penyelidikan kepada universiti dalam bidang berkaitan AI, bahan semikonduktor dan aktiviti kejuruteraan lain,” katanya.

Bagi memastikan kesejahteraan pekerja, Micron baru-baru ini telah mewujudkan pusat jagaan kanak-kanak yang dibiayai oleh awam-swasta yang pertama di negara ini dalam usaha untuk menyokong keseimbangan antara kehidupan dengan kerjaya.

Atas dasar mewujudkan persekitaran yang menyokong dan prihatin, Micron memahami bahawa akses kepada penjagaan anak adalah antara faktor terbesar yang menentukan sama ada ibu bapa dan khususnya ibu yang bekerja mampu membina kerjaya yang kukuh dan memuaskan.

Pusat jagaan kanak-kanak itu ditubuhkan melalui perkongsian dengan kerajaan Pulau Pinang dan TalentCorp, serta diuruskan oleh WhyteHouse Education Group, pengendali kemudahan pendidikan awal kanak-kanak yang terkemuka di Malaysia.

“Kami menyasar untuk membina budaya kerjasama, kepelbagaian, keterangkuman dan kemampanan dalam operasi kami,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

2

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

3

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

4

Piala Thomas: Malaysia Jumpa Jepun Di Suku Akhir

5

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

6

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 7 jam yang lalu

Microsoft Setuju Tambah Pelaburan, Bukti Asas Ekonomi Negara Kukuh - PM

oleh Sophia Ahmad