Berita Terkini

18 minit yang lalu: Pembukaan Jambatan Bagan Datuk tarik minat pelabur - Ahmad Zahid 37 minit yang lalu: Kastam tumpas sindiket penyeludupan, rampas rokok RM1.5 juta 43 minit yang lalu: KPT perlu rangka pelan pembangunan bakat, pembinaan kapasiti untuk tingkat kecekapan - Khaled 1 jam yang lalu: Pasukan Petugas Khas diwujudkan bagi cari penyelesaian isu air di Kelantan dan Sabah - PM 1 jam yang lalu: Budak 3 tahun maut ditikam di Sydney

IKUTI KAMI


Jualan Ekuiti Malaysia Oleh Pelabur Asing Menyusut Kepada RM77.9 Juta

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Apr 2021 2:52PM

Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penjualan ekuiti Malaysia oleh pelabur asing menyusut kepada RM77.9 juta bersih minggu lepas berbanding RM173.3 juta bersih yang dijual pada minggu sebelumnya.

Ahli ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Adam Mohamed Rahim berkata setakat 9 April, pelabur antarabangsa telah melupuskan RM1.8 bilion bersih atau US$437.0 juta bersih ekuiti tempatan di Bursa Malaysia tahun ini.

“Namun begitu, aliran keluar bersih asing Malaysia setakat tahun ini adalah kecil jika dibandingkan dengan rakan setaranya di ASEAN seperti Filipina dan Thailand, yang masing-masing mempunyai aliran keluar bersih melebihi US$900 juta (US$1= RM4.133),” katanya kepada Bernama.

Menurut Adam, Bursa Malaysia menyaksikan permulaan minggu lepas yang agak buruk dengan pelabur antarabangsa menjual RM41.6 juta bersih ekuiti tempatan pada Isnin.

“Sentimen pada hari Isnin lembap berikutan meningkatnya jumlah kes penularan COVID-19 di India yang menyaksikan pekerja pejabat terpaksa bekerja dari rumah dan pusat beli-belah ditutup sepanjang April di Mumbai,” katanya.

Beliau berkata aktiviti penjualan bersih asing mendapat momentum pada Selasa dengan mencecah RM94.6 juta walaupun kenaikan semula harga minyak mentah telah meningkatkan daya tarikan aset Malaysia.

Walaupun begitu, Adam berkata dana asing pada Rabu, memperoleh RM157.1 juta bersih ekuiti tempatan, terutamanya saham sarung tangan getah, sekali gus melonjakkan harga saham Top Glove, Supermax dan Hartalega sekurang-kurangnya 10 peratus.

“Minat untuk kaunter sarung tangan kembali ‘hidup’ berikutan gelombang terkini pandemik COVID-19 di Eropah dan India yang pastinya telah mendorong permintaan yang lebih tinggi untuk sarung tangan getah,” tambahnya.

Bagaimanapun, Adam berkata aliran masuk bersih asing yang banyak itu tidak bertahan lama dengan dana asing mengeluarkan RM43.5 juta pada Khamis memandangkan penularan coronovirus di Asia telah mengurangkan kehendak risiko.

Urus niaga Jumaat menyaksikan aliran keluar bersih asing sebanyak RM49.9 juta kerana sentimen secara keseluruhan lebih bercampur-campur, katanya.

Menurut Adam, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.6 peratus pada  Jumaat, dirangsang oleh peningkatan saham-saham telekomunikasi seperti Digi dan Axiata berikutan berita penggabungan antara dua syarikat gergasi telekomunikasi berkenaan.

“Pada masa sama, para pelabur turut “menghadam” kenaikan yang tidak dijangka dalam tuntutan pengangguran mingguan AS, yang menandakan pemulihan tidak sekata di pasaran tenaga kerja,” kata beliau. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Khai Bahar Duda Anak Satu Dalam Drama ‘Shakira’ 

2

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Kurang Beli Ekuiti, Jumlah Pelaburan Pelabur Asing Menurun

Sorotan

1

Sam Rainsy Sudah Tinggalkan Malaysia – Wisma Putra

2

Bayi Lelaki Dihurung Semut Di Hentian Bas

3

Peruntukan Tinggi Untuk Sabah Dan Sarawak Berdasarkan Keperluan - PM

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 3 jam yang lalu

Nilai Ringgit Mengukuh Berbanding Dolar AS Dalam Sesi Awal Urus Niaga

Ekonomi 1 hari yang lalu

Pulih Segera Daya Saing Negara, Itu Jaminan Perkukuh Semula Ringgit 

oleh Aiman Sadiq

Ekonomi 1 hari yang lalu

Dasar Fiskal Kerajaan, Belanjawan 2023 Buahkan Hasil, Pertumbuhan Ekonomi Memberangsangkan - PM

oleh Sophia Ahmad