web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dakwaan Kerajaan Gagal Urus Ekonomi Adalah Tidak Berasas - Tengku Zafrul

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Sep 2022 6:10PM

Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menyangkal dakwaan segelintir pihak bahawa kerajaan gagal menguruskan ekonomi negara selain menegaskan fakta dan angka berkaitan sudah cukup untuk menggambarkan realiti sebenar.

Sambil menyifatkan dakwaan itu sebagai tidak berasas sama sekali, beliau berkata ekonomi negara berkembang pesat dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku pertama dan kedua tahun ini mencatatkan pertumbuhan yang amat memberangsangkan dan momentum positif itu dijangka berterusan pada suku ketiga serta keseluruhan tahun ini.

“KDNK kita tumbuh 8.9 peratus pada suku kedua dan 5.1 peratus pada suku pertama. Ini menunjukkan pertumbuhan, kadar pengangguran (juga) semakin menurun, pelaburan langsung asing (FDI) pun meningkat.

“Ini tidak menunjukkan ekonomi yang gagal. Fakta dan angka bukan satu pembohongan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Pembangunan dan Pembiayaan Perumahan Hijau di Asia di sini, pada Rabu.

Terdahulu, menerusi kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kewangan (MOF), Tengku Zafrul berkata pihaknya akan terus memberi penekanan kepada pembaharuan struktur penting bagi membina daya tahan ekonomi negara pada masa hadapan di samping membendung inflasi negara dan menghadapi persekitaran global semasa yang tidak menentu.

Sebagai ekonomi terbuka dengan jumlah perdangangan melebihi 120 peratus daripada KDNK, kerajaan akan terus proaktif bagi mempersiapkan negara dalam menghadapi cabaran-cabaran tersebut, katanya.

Beliau berkata ekonomi negara pada suku keempat 2022 dan tahun 2023 dijangka lebih mencabar kerana prospek ekonomi global bakal melembap ekoran ketegangan geopolitik di antara Amerika Syarikat dan China yang berterusan, peperangan di Ukraine yang masih tiada kesudahan, serta dasar sifar COVID-19 di China yang telah menjejaskan bekalan rantaian dunia. 

Walaupun pelbagai aspek luaran sangat mencabar sejak awal 2022, dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan telah berjaya membantu ekonomi Malaysia pulih, terutamanya sektor-sektor yang terjejas teruk semasa pandemik COVID-19 seperti pelancongan, peruncitan dan penerbangan, katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Dituduh Buat Gangguan Seksual, Qawiy Dicabar Sumpah Laknat Jika Benar Ia Fitnah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Tidak Pernah 'Tahan' Peruntukan Kepada Negeri-Negeri, Termasuk Terengganu - PM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

LKAN: PM Arah LTAT, FELDA Kemukakan Laporan Penuh

4

Semasa 2 tahun yang lalu

GLC, GLIC Disaran Kurangkan Pelaburan Di Luar Negara - PM

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ