web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


AirAsia Mahu Kembangkan Lagi Operasi Di Indonesia, Filipina - Tony Fernandes

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Sep 2022 4:17PM

Tony Fernandes berkata potensi pelancongan yang besar dan prestasi ekonomi yang semakin baik menjadi pemacu kepada pertumbuhan AirAsia di Indonesia dan Filipina. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia merancang untuk mengembangkan operasinya di Indonesia dan Filipina melebihi tahap pra-pandemik menjelang suku pertama tahun depan, ekoran prospek pelancongan dan ketersambungan yang lebih baik.

Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd, Tan Sri Tony Fernandes berkata potensi pelancongan yang besar dan prestasi ekonomi yang semakin baik menjadi pemacu kepada pertumbuhan AirAsia di kedua-dua negara itu dalam tempoh lima tahun akan datang.

Walaupun syarikat penerbangan itu mempunyai pandangan yang positif untuk Indonesia dan Filipina, namun ia tidak akan menjadi penghalang kepada pengembangan operasi armadanya di Malaysia dan Thailand.

“Kami masih memerlukan pesawat di Malaysia dan Thailand; cuma Indonesia dan Filipina benar-benar berkembang dengan baik dan kami mahu mengembangkannya ke saiz yang lebih besar,” katanya pada majlis meraikan penyambungan semula operasi AirAsia di Terminal 4 Changi.

AirAsia mempunyai 205 pesawat dan ia ingin meningkatkannya kepada 300 pesawat dalam tempoh lima tahun akan datang. Ia akan mula menerima penghantaran 362 pesawat Airbus 321neo yang telah ditempahnya bermula pada 2024.

Mengenai operasi kargonya, beliau berkata Teleport iaitu cabang logistik AirAsia akan menyumbang dengan ketara kepada pertumbuhan kumpulan dalam tempoh lima tahun akan datang dengan 50 pesawat kargo dalam perkhidmatan.

Kumpulan itu meneruskan semula tempahan untuk empat pesawat pengangkut  Airbus 321 dengan penghantaran pertama dijangka pada Disember 2022 yang sebelum ini ditangguhkan akibat pandemik COVID-19.

“Masih wujud peluang di sini, sama seperti yang kami lakukan untuk perkhidmatan penumpang. Kami pada asasnya membuka pasaran baharu dengan 60 peratus daripada laluan kami hari ini adalah laluan baharu.

“Kami boleh melakukan perkara yang sama untuk logistik dan kami fikir kargo akan menjadi sebahagian besar daripada operasi kami di Changi dan juga di sekitar rangkaian kami,” kata beliau. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 10 bulan yang lalu

M’sia-Indonesia Sepakat Kukuhkan Kedudukan, Enggan Serahkan Nasib ASEAN Ke Tangan Kuasa Luar

3

Semasa 1 tahun yang lalu

3 Rakyat Malaysia Ditahan Di Filipina Akan Diterbangkan Ke Manila - Saifuddin

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Imigresen Sabah Hantar Pulang 153 Pendatang Indonesia

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok