Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ringgit Akan Kekal Dalam Tekanan Berbanding Dolar AS Dalam Masa Terdekat

Ekonomi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Sep 2022 12:57PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ringgit akan kekal dalam tekanan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan jurang kadar yang melebar, manakala kadar dana persekutuan AS akan menjadi lebih tinggi berbanding Kadar Dasar Semalaman (OPR) menjelang minggu depan, menurut Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Firdaos Rosli.

Beliau berkata pasaran memberikan reaksi terhadap data terkini Indeks Harga Pengguna (IHP) AS yang menunjukkan inflasi negara itu kekal tinggi walaupun harga minyak lebih rendah pada Ogos 2022 dan kenaikan kadar yang agresif oleh Rizab Persekutuan AS (Fed) sejak beberapa bulan lepas.

“Senario ini menunjukkan inflasi AS masih belum mencapai kemuncak dan Fed dijangka meneruskan kenaikan sebanyak 75 mata asas (bps) lagi dalam mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada minggu depan,” katanya kepada Bernama.

Firdaos berkata jurang hasil Perbendaharaan tiga tahun dan 10 tahun AS telah mengecil sebanyak 14 bps (setakat ini), satu isyarat awal kepada kemelesetan di AS.

“Sehubungan itu, pasaran turut menjangkakan kemelesetan di AS yang lebih awal daripada jangkaan berikutan terdapat isyarat lemah di pasaran buruh AS.

“Sentimen keseluruhan dipacu terutamanya oleh AS pada masa ini,” katanya.

Data IHP AS mendapati inflasi adalah lebih tinggi daripada jangkaan pada 8.3 peratus berbanding ramalan 8.1 peratus.

Pada Selasa, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata Malaysia tidak mengalami krisis ekonomi meskipun penurunan nilai ringgit berbanding dolar AS ketika ini.

Beliau berkata prestasi ringgit harus dilihat secara menyeluruh dan tidak hanya dibandingkan dengan dolar AS kerana mata wang tempatan itu juga meningkat berbanding banyak mata wang utama lain di dunia. 

Ringgit terus merosot kepada paras terendah baharu dalam tempoh 24 tahun berbanding dolar AS sewaktu dibuka hari ini, seiring dengan harga minyak lebih rendah berikutan ramai pelabur beralih kepada mata wang selamat.

Pada 11 pagi, mata wang tempatan turun kepada 4.5240/5260 berbanding dolar AS daripada 4.5070/5085 ketika ditutup semalam. - Bernama

Sorotan

1

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

2

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

3

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

4

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

5

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

6

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

7

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 4 jam yang lalu

Tesla Turunkan Harga 2 Model EV Mulai Hari Ini