Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Bajet 2023 : Wujudkan Lebih Banyak Dasar, Insentif Kepada Majikan

Ekonomi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Aug 2022 11:07AM

MEF menggesa kerajaan membantu perniagaan untuk terus berkembang ketika berdepan dengan pelbagai keadaan yang tidak menentu. - Gambar oleh Azim Ab Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa mewujudkan lebih banyak dasar dan insentif mesra perniagaan menerusi Bajet 2023 yang bakal dibentangkan di Dewan Rakyat 7 Oktober nanti.

Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata, hala tuju dan fokus secara terperinci perlu dilaksanakan oleh kerajaan bagi membantu perniagaan serta negara terus berkembang, walaupun sedang menghadapi pelbagai keadaan tidak menentu dan mencabar.

 Dr Syed Hussain Syed Husman
Dr Syed Hussain Syed Husman

“Dari perspektif MEF, terdapat keperluan untuk hala tuju dan fokus yang jelas agar komuniti perniagaan serta negara merealisasikan visi kami.

“Kami menyokong pemikiran dan komitmen Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob). MEF mengharapkan lebih banyak dasar serta insentif mesra perniagaan akan dilaksanakan terutamanya melalui Bajet 2023 yang akan dibentangkan,” katanya hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri menjelaskan bahawa Bajet 2023 dijangka merangkumi kepentingan semua lapisan masyarakat.

Jelasnya, Kementerian Kewangan akan mengadakan konsultasi dengan semua sektor bagi memastikan pertumbuhan ekonomi serta kepentingan rakyat diutamakan.

Pada masa sama, kementerian turut memaklumkan lebih 30 cadangan telah diutarakan dalam Majlis Konsultasi Bajet 2023 baru-baru ini yang menyentuh aspek rakyat, perniagaan, ekonomi dan kerajaan, selaras dengan tema 'Memperkukuh Pemulihan dan Memudah Cara Pembaharuan ke arah Kemampanan Daya Tahan Ekonomi dan Kesejahteraan Keluarga Malaysia.'

Menurutnya, mereka telah menerima sebanyak 242 memorandum dengan beberapa cadangan penyelesaian.

Kementerian itu menegaskan, antara cadangan terbabit adalah memperkukuh program untuk meningkatkan pendapatan rakyat berpendapatan rendah, menyediakan peluang dan bantuan kepada golongan B40, warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) serta meningkatkan pembangunan modal insan dan tenaga mahir.

Menurut MOF, turut dikemukakan pada majlis itu adalah cadangan untuk meningkatkan peranan kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan bagi membangunkan vendor khususnya usahawan muda, wanita, perusahaan mikro, kecil dan sederhana serta bajet lebih inklusif terutamanya melibatkan golongan rentan, wanita dan OKU.

Proses awal Konsultasi Bajet 2023 katanya, telah bermula sejak Jun 2022 dengan menjemput pihak berkepentingan untuk mengemukakan memorandum bajet yang menjurus kepada isu dan cadangan bagi Bajet 2023.

Dalam perkembangan berkaitan, Syed Hussain merakamkan penghargaan kepada kerajaan serta Perdana Menteri kerana telah mewujudkan dasar yang tepat setakat ini, sehingga membolehkan Malaysia mencapai pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebanyak 8.9 peratus pada suku kedua 2022 (S2 2022).

“Selain angka yang memberangsangkan, negara kita telah berjaya mengurangkan pengangguran kepada 3.8 peratus yang sebenarnya telah kembali ke tahap ‘pre-lockdown’ di bawah empat peratus berdasarkan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) bermaksud (menawarkan) pekerjaan penuh (tetap).

“Selain itu, dalam tempoh yang sama Malaysia mencatatkan lebihan dagangan melebihi RM2 trilion dan ini sangat menggalakkan untuk prospek KDNK negara buat masa hadapan,” katanya. - Getaran, 27 Ogos 2022.

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 1 hari yang lalu

NCER Disasar Catat RM367.8 Bilion Pelaburan Direalisasi Menjelang 2030 - PM