web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ekonomi APEC Perlu Manfaatkan Kerjasama Dalam Pelancongan Lestari

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Aug 2022 10:10AM

Peluang untuk membina masa depan yang lebih baik dan berdaya tahan di rantau ini adalah menerusi industri pelancongan. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK - Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) perlu memanfaatkan kerjasama dalam sektor pelancongan mampan demi mencapai visinya iaitu mewujudkan komuniti Asia-Pasifik yang terbuka, dinamik, berdaya tahan dan aman menjelang 2040.

Dalam satu kenyataan selepas Mesyuarat Menteri-Menteri Pelancongan (TMM) APEC 2022 di sini, pengerusi itu menekankan bahawa peluang untuk membina masa depan yang lebih baik dan berdaya tahan adalah menerusi industri pelancongan dan ia akan menjadi usaha utama rantau ini.

“Ketidakpastian dan cabaran baharu yang ketara telah meningkatkan keperluan untuk memanfaatkan kerjasama serta memajukan industri pelancongan yang mampan.

“Kami akan terus mengadakan dialog inklusif dalam kalangan mereka yang terbaik, dan merenung kembali kemajuan bagi membina semula sektor pelancongan yang lebih kukuh dan berdaya tahan,” menurut kenyataan pengerusi itu.

Sesi dialog itu turut membincangkan cabaran sedia ada yang telah diburukkan lagi oleh pandemik COVID-19.

“Bersama-sama kita akan berusaha membina semula industri pelancongan demi masa depan,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menambah bahawa ekonomi APEC mengalu-alukan “Cadangan Dasar untuk Pelancongan Masa Hadapan: Menjana Semula Pelancongan” yang mencerminkan keghairahan bersepadu pelbagai sektor ekonomi untuk mengejar pertumbuhan yang kukuh, seimbang, terjamin, mampan dan inklusif, seperti digariskan dalam Wawasan APEC Putrajaya 2040.

“Cadangan dasar itu boleh menjadi panduan kepada Ekonomi APEC untuk membangunkan sektor pelancongan sebagai pemacu utama bagi meningkatkan kesejahteraan penduduk APEC secara keseluruhan,” katanya.

Menteri-menteri Pelancongan APEC dan wakil kanan telah menghadiri Mesyuarat Menteri Pelancongan (TMM) APEC ke-11 di Bangkok pada Jumaat.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Menteri Pelancongan dan Sukan Thailand Phiphat Ratchakitprakarn.

Terdahulu, dalam ucapan pembukaannya, Phiphat berkata ekonomi APEC sedang menyelaraskan dasar untuk memulihkan industri pelancongan di rantau ini supaya selamat, mampan, bertanggungjawab dan inklusif.

“Semua jabatan yang berkaitan telah bekerja tanpa mengenal penat lelah dan kami percaya bahawa krisis ekonomi akibat COVID-19 semakin pulih dan ekonomi kami mula kembali ke landasan dan bergerak ke arah yang lebih positif,” katanya.

Menurut World Travel and Tourism Council (WTTC), industri pelancongan menyumbang hampir 11 peratus jumlah tenaga kerja di rantau ini dengan menyediakan kira-kira 162 juta peluang pekerjaan pada 2019.

Jumlah ini bagaimanapun mencatatkan penurunan ketika wabak melanda, dan hanya menyumbang kepada 131 juta pekerjaan pada 2020 dan 138.7 juta pekerjaan pada 2021. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 tahun yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

2

Semasa 2 tahun yang lalu

JWP Gerakkan Usaha Promosi Produk Pelancongan Domestik - Dr Zaliha

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Acara Pelancongan Negeri Sembilan Perlu Beri Impak Maksimum - Aminuddin

4

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan