Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Mansuh Subsidi Bahan Api, Kerajaan Jangan Syok Sendiri - Najib

Ekonomi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jul 2022 8:46PM

Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sekarang bukan masa sesuai untuk memansuhkan subsidi minyak dan melaksanakan subsidi bahan api itu secara bersasar, tegas mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. 

Menurut beliau, ini berikutan ramalan kadar inflasi akan lebih tinggi masih wujud.

“Kita tidak boleh mengejutkan sistem sekarang. Kerajaan tidak patut memperkenalkan perubahan besar kepada dasar ekonomi yang akan mengejutkan pasaran pada ketika jangkaan inflasi masih tinggi.

“Jangkaan mengenai inflasi akan membawa kepada inflasi. Ia adalah ramalan yang menjadi kenyataan. Ini kerana apabila peniaga tetapkan harga barang bagi bulan mendatang pada hari ini, mereka akan naikkan harga jika peniaga ramal inflasi akan tinggi,” katanya hari ini.

Tegas beliau lagi, harga minyak dunia ketika ini tinggi, maka sistem subsidi bersasar tidak boleh dilaksanakan jika tidak mahu kadar inflasi bertambah teruk dan pasaran domestik menjadi huru-hara.

“Kerajaan tidak boleh asyik sebut nak mansuhkan subsidi pukal sebab hanya sebut sahaja akan membawa kepada inflasi lebih teruk seperti dijelaskan di atas. Jangan syok sendiri dan asyik sebut (perkara yang) menakutkan pasaran serta pengguna.

“Beritahu pasaran bahawa kerajaan tidak akan berbuat demikian pada tahun ini dan hanya akan melaksanakan apabila kadar inflasi turun semula dan terkawal,” katanya.

Menurut beliau, semasa memegang jawatan Perdana Menteri sebelum ini, kerajaan Barisan Nasional (BN) pernah memansuhkan subsidi pukal pada November 2014 untuk beralih ke pemberian wang tunai secara terus kepada golongan bersasar.

Katanya, ini terutamanya bagi subsidi diesel yang memberi impak kepada kos pengangkutan barang.

“Kita pilih tarikh November 2014 sebab ketika itu harga minyak dunia adalah sangat rendah dan dalam trend menurun. Sebab itu apabila kita mansuhkan subsidi dan penetapan harga minyak RON95, harganya jatuh dari RM1.90 ke RM1.60.

“Dan sekiranya ia naik semula pun, ia dengan cara sedikit demi sedikit dan beransur untuk memberi impak paling rendah kepada kadar inflasi,” katanya.

Najib berkata, beliau menyedari beban subsidi kerajaan amat tinggi apabila mencecah RM80 bilion tahun ini yang terbesar dalam sejarah.

Namun katanya, PETRONAS menikmati manfaat yang sangat besar ketika ini dan mungkin mencatat keuntungan tinggi.

“Misalnya purata harga minyak dunia Brent bagi Januari, Februari dan Mac lalu adalah AS$86.50, AS$97.13 dan AS$117.25 masing-masing. Akibatnya, keuntungan bersih PETRONAS bagi suku pertama tahun ini sudah mencecah RM23.4 bilion.

“Purata harga minyak dunia Brent berikutan perang Rusia-Ukraine pada April, Mei dan Jun pula sudah AS$104.58, AS$113.34 dan AS$122.71, bermakna ianya lebih tinggi berbanding suku pertama. Malah, peningkatan harga gas asli yang juga pengeluaran utama PETRONAS jauh lebih tinggi berbanding harga minyak,” katanya.

Najib berkata, ini bermakna keuntungan besar PETRONAS bagi suku kedua tahun ini dijangka lebih tinggi berbanding RM23.4 bilion yang dicatat pada suku pertama.

“Dan besar kemungkinan akan catat lebih RM100 bilion pada tahun ini. Ini bermakna PETRONAS dengan selesanya mampu memberi dividen sebanyak RM80 bilion daripada jangkaan keuntungan besar sebanyak RM100 bilion kepada kerajaan.

“Ditambah dengan cukai petroleum dan eksais petroleum, jumlah hasil PETRONAS kepada kerajaan hampir pasti mencecah RM100 bilion bagi tahun ini, iaitu melebihi keperluan bagi menampung beban subsidi sebanyak RM80 bilion,” katanya.

Ujarnya lagi, beliau ambil maklum bahawa PETRONAS ingin berbelanja sebanyak RM50 bilion untuk perbelanjaan modal (CAPEX) bagi tahun ini.

“Saya percaya PETRONAS masih mempunyai rizab tunai dan kemampuan meminjam jika ianya untuk perbelanjaan CAPEX yang akan memberi pulangan.

“Sebab itu, saya tiada masalah sekiranya PETRONAS mampu membayar dividen sebanyak RM80 bilion kepada kerajaan bagi tahun ini sekiranya keuntungan besar dicatat mencecah RM100 bilion,” katanya.

Najib berkata, ia berbeza dengan dividen sebanyak RM54 bilion dibayar kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 2019 semasa PETRONAS hanya mencatat keuntungan bersih RM39.1 bilion.

“Dan tidak sama dengan dividen sebanyak RM34 bilion dibayar kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada 2020 biarpun PETRONAS rugi RM22.9 bilion.

“Ia bukan masalah selagi dividen dibayar adalah lebih rendah berbanding keuntungan PETRONAS, bukan sebaliknya seperti bawah kerajaan PH dan PN,” katanya. - Getaran, 25 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Ada Seorang Saksi Penting Dijangka Menyokong Permohonan Najib Untuk Tahanan Di Rumah - Shafee

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Najib Fail Permohonan Cabar Kewujudan Titah Adendum, Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Lembaga Pengampunan Perlu Tolak Permohonan Najib, Sudah Terbukti Beliau Bersalah - MKM

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Tunggu Kenyataan Rasmi Lembaga Pengampunan, Elak Berita Berdasarkan Sumber - Fahmi

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 1 hari yang lalu

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

Usahawan 2 jam yang lalu

Bina Reputasi Meyakinkan, JL99 Raih Pelbagai Anugerah Hartanah

oleh Sophia Ahmad