web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wanita Mampu Beri Saingan, Raih Pendapatan Lumayan Dalam Ekonomi

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2022 8:37AM

Hasbi memberi kata-kata semangat kepada para usahawan wanita semasa merasmikan Seminar Keusahawanan Wanita Luar Bandar dan Bengkel Wanita Luar Bandar: How To Make Your 1st Million Zon Sarawak semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LIMBANG - Penglibatan wanita dalam ekonomi dan keusahawanan kini sudah meningkat sehingga mampu memberi persaingan dan meraih pendapatan yang lumayan.

Ini termasuk wanita di kawasan luar bandar yang jika diberi peluang dan berbekalkan kemahiran serta penguasaan teknologi, mampu berjaya dan berdaya saing bukan hanya di peringkat tempatan bahkan di peringkat global.

Timbalan Menteri II Pembangunan Luar Bandar Datuk Hasbi Habibollah berkata satu daripada 10 teras yang terangkum dalam Dasar Pembangunan Luar Bandar (DPLB) 2030 kementeriannya adalah wanita luar bandar yang progresif.

“Dalam perincian teras wanita tersebut, tiga aspek yang dinyatakan adalah pemerkasaan ekonomi luar bandar, pemantapan khidmat sistem sokongan bagi wanita luar bandar dan pemerkasaan kepimpinan wanita luar bandar,” katanya semasa merasmikan Seminar Keusahawanan Wanita Luar Bandar dan Bengkel Wanita Luar Bandar: How To Make Your 1st Million Zon Sarawak di sini semalam.

Untuk menjadi usahawan yang berjaya katanya, ilmu dan kemahiran berkaitan perniagaan perlu sentiasa ditingkatkan agar perniagaan yang diusahakan dapat kekal relevan dan bertambah maju.

Selain itu menurut beliau, strategi pemasaran juga telah berubah mengikut peredaran zaman iaitu pada hari ini pelbagai kaedah promosi yang cepat dan mudah melalui media sosial seperti Facebook, Instagram dan TikTok dapat digunakan selain urus niaga dalam talian yang membolehkan transaksi perniagaan dapat dijalankan bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Hasbi berkata KPLB telah merangka strategi untuk meningkatkan peluang penglibatan wanita dalam sektor ekonomi dan keusahawanan, mengoptimumkan kapasiti dan kadar guna tenaga wanita serta meningkatkan pemilikan aset produktif, kadar pelaburan dan tabungan wanita.

Strategi itu merangkumi program latihan, seminar, bengkel dan kursus yang dianjurkan oleh Institut Kemajuan Desa (INFRA) mahupun agensi-agensi di bawah KPLB yang dapat memberi manfaat kepada golongan wanita yang terlibat.

Beliau turut berharap seminar dan bengkel selama dua hari yang dianjurkan oleh INFRA itu dapat memberi peluang kepada peniaga dan usahawan wanita di Limbang bangkit kembali selepas terjejas ekoran pandemik COVID-19 dan menyokong ekonomi keluarga mereka sehingga dapat menikmati tahap kehidupan yang lebih baik.

Seminar Keusahawanan Wanita Luar Bandar Zon Sarawak itu disertai 120 usahawan wanita manakala Bengkel Keusahawanan Wanita Luar Bandar: How To Make Your 1st Million Zon Sarawak pula disertai 40 usahawan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Usahawan 2 bulan yang lalu

Capal Jago Kepala Batas: Warisan 6 Dekad Jadi Pilihan PM

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Langgar Syarat Berpakaian, Wanita Tak Puas Hati Dihalang Masuk Hospital

3

Usahawan 1 tahun yang lalu

Kedai Kopi Jalan Ampas Imbau Nostalgia Filem Melayu Lama

4

Usahawan 2 tahun yang lalu

Pengusaha Harumanis Tak Menang Tangan Penuhi Permintaan Pelanggan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan