web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Maxis Bentuk Perikatan 5G Terbesar Percepatkan Penemuan Teknologi

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2022 9:14PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Maxis Bhd membentuk perikatan 5G terbesar di Malaysia untuk mempercepatkan penemuan teknologi dan penyelesaian perusahaan Internet Pelbagai Benda (IoT) seiring dengan agenda digital negara.

Syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini berkata Maxis 5G Alliance itu akan bermula dengan 16 ahli yang terdiri daripada rakan kongsi teknologi dan industri global serta tempatan, inovator selain rakan kongsi pelanggan strategik dari pelbagai industri untuk memanfaatkan ekosistem simbiotik dan membuka nilai lumayan teknologi Revolusi Industri 4.0.

Antara ahli tersebut ialah Advantech, Amdocs, CrescoNet (dahulunya syarikat kumpulan Intellihub), Cisco, Google Cloud, GSMA (Komuniti Industry 5G APAC), Huawei, LLVision, Microsoft, MIMOS, Motorola Solutions, NEC, Omron, Realwear, SAS dan Vodafone.

“Perikatan ini bakal mencipta, mengkomersialkan dan menskalakan kes penggunaan 5G dan penyelesaian inovatif rentas industri untuk memacu transformasi digital serta inovasi,” katanya. 

Penyedia penyelesaian konvergen itu berkata komuniti tersebut bakal berkembang berasaskan kolaborasi terbuka merentas semua organisasi yang boleh mempercepatkan penerimaan dan penggunaan inovasi didayakan oleh 5G dan salinghubungan rangkaian tertumpu. 

“Organisasi ahli ini disusun merangkumi tiga aliran iaitu rakan kongsi teknologi dan industri, inovator dan rakan kongsi pelanggan strategik,” katanya.

Maxis juga berkata melalui rakan kongsi berbilang kepakaran dalam ekosistem Maxis 5G Alliance, pelanggan dapat meraih pelbagai manfaat daripada rangkaian ini melalui Program ‘Sell and Grow’, Program Interaksi dan Pertukaran serta Program Inovasi dan Bina.

“Semua penyelesaian dan kes penggunaan akan dikuasakan oleh Maxis Programmable Network, sebuah rangkaian maju program perisisan diiktiraf di Malaysia yang akan menyediakan rangkaian luas penyelesaian informasi dan komunikasi (ICT) tertumpunya yang memenuhi spektrum penuh keperluan perniagaan,” tambahnya.

Untuk maklumat lanjut tentang Maxis 5G Alliance dan penyertaan ahli, sila layari https://business.maxis.com.my/en/campaign/5g-alliance. - Bernama 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan