Berita Terkini

4 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 6 hari yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 1 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019 2 minggu yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff.

IKUTI KAMI


Harga Kereta Dijangka Naik Jika GST Dilaksanakan Semula - Penganalisis

Ekonomi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2022 3:40PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini dilaporkan sebagai berkata Malaysia sedang menimbang untuk memperkenalkan semula GST bagi meningkatkan asas hasilnya dan menampung subsidi awam. - Gambar oleh Nooreeza Hashim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Harga kereta di Malaysia dijangka meningkat sebanyak satu hingga tiga peratus sekiranya cukai barang dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan semula, kesan yang berbeza berbanding impak daripada pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) pada 2018, kata AmInvestment Bank Bhd.

Penganalisis Alex Goh berkata sektor amanah pelaburan hartanah (REIT) dan media juga dijangka terkesan manakala sektor hartanah akan terdedah kepada permintaan lemah akibat daripada harga produk yang mahal di tengah-tengah peningkatan kebimbangan kemampuan pembeli.  

“REITs juga boleh mengalami trafik pengunjung dan pertumbuhan jualan penyewa yang perlahan berikutan pengurangan perbelanjaan pengguna, manakala sektor media mungkin terkesan akibat daripada jumlah pelanggan dan perbelanjaan pengiklanan yang berkurangan,” katanya dalam satu nota penyelidikan hari ini.  

Bagaimanapun, Goh berkata kebanyakan sektor seperti bank, minyak dan gas, telekomunikasi, kuasa, penjagaan kesihatan, sarung tangan, pembuatan, perjudian dan teknologi  dijangka tidak terkesan daripada pelaksanaan GST.

“Pengeluar makanan penting seperti Nestle mungkin mendapat manfaat daripada bantuan tunai kepada kumpulan B40 dan kumpulan pendapatan pertengahan M40,” katanya.

Goh juga menjangka pelaksanaan semula GST akan membawa impak sifar kepada kebanyakan konstituen petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI), oleh itu, beliau mengekalkan sasaran akhir tahun 2022 FBM KLCI pada 1,745.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini dilaporkan sebagai berkata Malaysia sedang menimbang untuk memperkenalkan semula GST bagi meningkatkan asas hasilnya dan menampung subsidi awam. 

“Beliau berkata meskipun menyedari persepsi negatif yang menyelubungi GST, kerajaan tidak mempunyai banyak pilihan untuk menambah dana negara. 

“Perdana menteri berkata kerajaan menyasar kadar GST yang tidak terlalu tinggi yang boleh membebankan rakyat namun tidak terlalu rendah yang tidak mampu untuk menambahkan hasil," katanya. 

Goh menambah, pada Mac tahun ini Kementerian Kewangan menyatakan bahawa ia sedang menilai pengenalan semula GST sebagai sebahagian daripada pembaharuan fiskal utama untuk mengukuhkan kapasiti hasil negara. 

Bank Negara Malaysia turut menyuarakan sokongan kepada pelaksanaan semula GST kerana ia akan meringankan beban kewangan berat yang dihadapi kerajaan. - Bernama

Sorotan

1

Agong Mahu Penjelasan Kelewatan Pembinaan Kolam Selam Tempur Di Kem Iskandar 

2

Pembukaan Semula Zoo Johor Ditangguh Ke Ogos - Exco

3

Suspek Kes Tembakan KLIA Bakal Direman Esok - Pengarah JSJ

4

Xiong Du Du, Yu Rong Rong Dipilih Maskot Piala Thomas, Piala Uber 2024

5

3,038 Sekolah Kurang Murid Tahun Ini, Tiada Yang Ditutup - Wong

6

KPKM Tidak Lindungi Pihak Terbabit Kartel Padi, Beras - Mohamad

7

Kes Saman Khairy Isu Vaksin Selesai, Lokman Adam Setuju Buat Permohonan Maaf

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 1 hari yang lalu

Konflik Asia Barat: BNM Sedia Pastikan Pasaran Kewangan Kekal Teratur

Ekonomi 1 hari yang lalu

Prospek Lebih Baik Untuk Bursa Malaysia Pada 2024 - UOB

Usahawan 23 jam yang lalu

K-Drama Jadi Inspirasi Hasilkan ‘IdaOn Sos Korea’

Usahawan 21 jam yang lalu

Inovasi Tepung Jagung Hasilkan Produk Berpotensi Besar