web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


OCBC Bank Umum Kenaikan OPR Sebanyak 0.25 Peratus Mulai 18 Mei

Ekonomi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2022 1:20PM

OCBC akan menaikkan kadar asas, kadar pinjaman dan pembiayaan asas sebanyak 0.25 peratus mulai 18 Mei ini. - Gambar dari Facebook OCBC

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - OCBC Bank hari ini mengumumkan pihaknya akan menaikkan kadar asas, kadar pinjaman dan pembiayaan asas sebanyak 0.25 peratus mulai 18 Mei ini.

Ketua Pegawai Eksekutif OCBC Bank Datuk Ong Eng Bin berkata peningkatan 0.25 peratus dalam Kadar Dasar Semalaman (OPR) merupakan langkah Bank Negara untuk mengekang tekanan inflasi selain memberi tumpuan kepada usaha menggalakkan pemulihan ekonomi negara dalam peralihan kepada fasa endemik. 

“OCBC Bank (Malaysia) Berhad (OCBC Bank) dan anak syarikat perbankan Islamnya, OCBC Al-Amin Bank Berhad (secara bersama, OCBC Malaysia) juga akan meningkatkan kadar asas (BR), kadar pinjaman asas (BLR) dan kadar pembiayaan asas (BFR) sebanyak 0.25 peratus.

“Semua kadar pinjaman dan pembiayaan berasaskan BR, BLR dan BFR akan dinaikkan pada kadar yang sama.

“Semua kadar deposit tetap konvensional dan kadar niaga deposit bertempoh Islam juga akan ditingkatkan pada hari yang sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya selepas langkah ini, BR OCBC Malaysia akan meningkat daripada 2.58 peratus kepada 2.83 peratus manakala BLR dan BFR meningkat daripada 5.51 peratus kepada 5.76 peratus. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ