Berita Terkini

10 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Kenaikan Harga Barang, Segerakan Reformasi Sistem Monetari Atau Malaysia Berdepan Hiperinflasi

Ekonomi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2022 9:14AM

Pakar berpendapat bekalan barangan global yang meruncing menyebabkan harga barangan semakin meningkat, justeru jika ciptaan kredit dikawal oleh kerajaan, ia memastikan lambakan kredit dapat dikawal. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kenaikan harga barang di pasaran tempatan, khususnya produk keperluan asas yang sering dibangkitkan pelbagai pihak termasuk menerusi laporan media dan kempen diperjuangkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), belum bernoktah.

Situasi itu menimbulkan persoalan apa dan di mana silapnya sehingga harga barangan mencanak hari demi hari?

Malah, di sebalik usaha berterusan kerajaan memantau dan mengawal kenaikan harga barangan keperluan asas, rakyat terus terbeban serta ‘pening kepala’ apabila terpaksa berbelanja ekstra setiap kali membeli stok keperluan harian.

Lebih sukar, apabila ada pengguna terpaksa mencongak dan mencatu barangan mahu dibeli, bagi memastikan kos dikeluarkan tidak melangkaui perbelanjaan diperuntukkan.

Dalam situasi susah didepani rakyat marhaen, khususnya golongan kurang berkemampuan, timbul dakwaan bahawa Malaysia bakal berdepan hiperinflasi dan krisis makanan menjelang tahun depan, susulan kemelut itu di peringkat global.

Secara umum, istilah hiperinflasi merujuk kepada kenaikan harga yang terlalu tinggi dan berlaku dalam jangka masa tertentu apabila kadar inflasi sesebuah negara mula melebihi ukuran 50 peratus sebulan.

Hiperinflasi boleh dilihat susulan kenaikan harga pengguna yang berlaku ketika ini, iaitu semasa penularan COVID-19 disebabkan krisis rantaian bekalan.

Berdasarkan dakwaan itu juga, pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak akan lagi dibenarkan, ramai pelabur luar sudah menarik diri dan berpindah ke negara lain serta harga barang semakin mencanak.

Dr Ahmed Razman Abdul Latiff
Dr Ahmed Razman Abdul Latiff

Mengulas mengenai dakwaan itu, Pakar Ekonomi Putra Business School (PBS), Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, kebarangkalian untuk isu terbabit berlaku di negara ini, tidak mustahil kerana Malaysia adalah negara pengeksport dan sistem ekonominya sama seperti majoriti negara lain di dunia.

“Pendapat saya, kita tidak boleh mengambil mudah bahawa di peringkat global bakal berlaku krisis makanan dan hiperinflasi serta menganggap Malaysia tidak akan terkesan.

“Kebarangkalian isu ini berlaku di negara kita adalah tidak mustahi lebih-lebih lagi negara kita juga mempunyai beban kewangan yang walaupun belum dianggap tinggi oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), boleh merencatkan sebarang usaha kerajaan untuk menangani isu ini jika ia benar-benar terjadi,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Justeru, Ahmed Razman berkata, beliau melihat wujud keperluan untuk kerajaan melaksanakan sesuatu di luar kotak dan tidak hanya bersikap reaktif.

“Saya berpendapat, reformasi sistem monetari harus dilakukan dengan segera,” katanya.

Beliau berkata, isu kenaikan harga barang kini disebabkan kedua-dua faktor permintaan dan bekalan.

Katanya, faktor terbabit boleh ditangani kerajaan jika ciptaan kredit dikawal selia pihaknya melalui Bank Negara Malaysia (BNM).

Menurut Ahmed Razman, ia disebabkan lambakan kredit oleh bank komersil menyebabkan berlaku permintaan begitu tinggi dan meningkatkan harga barangan.

“Pada masa sama, bekalan barangan global yang meruncing menyebabkan harga barangan semakin meningkat. Jika ciptaan kredit dikawal oleh kerajaan, ia memastikan lambakan kredit dapat dikawal.

“Dan jika ciptaan kredit oleh kerajaan ditambatkan dengan komoditi tempatan, ini akan mengurangkan kebergantungan kepada barangan import dan mampu menurunkan harga barangan,” katanya.

Pada Februari lalu, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus dilaporkan berkata, Malaysia tidak berdepan situasi stagflasi dan hiperinflasi.

Beliau memaklumkan, situasi stagflasi yang berlaku pada 1970-an apabila pertumbuhan ekonomi tidak berubah dan inflasi tinggi untuk tempoh panjang tidak mungkin dihadapi negara, memandangkan pertumbuhan ekonomi dijangka tinggi pada tahun ini.

Sebelum ini, Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), Datuk Dr Ibrahim Ali mencadangkan supaya kerajaan dapat menubuhkan Jawatankuasa Task Force Negara bagi mengawal harga barang.

Cadangan dikemukakan beliau menerima pelbagai maklum balas, termasuk pakar ekonomi yang turut bersetuju dengan saranan berkenaan. - Getaran, 26 April 2022

Sorotan

1

Ada Keperluan Pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN

2

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

3

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

4

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

5

Bas Terbalik Di Lebuhraya KLK: 2 Maut, 13 Cedera

6

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

7

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur